Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

My Mommy Name Is... | My Babah Name Is...

$
0
0

Awww cakkk! Kembali membebel di Bubblynotes.Com setelah senyap menyepi seharian suntuk di hari Jumaat yang sibuk di pejabat. Ihiksss... biasalah tu... itu bermakna Farah tak sempat nak perah otak susun ayat lettew pada malam sebelumnya. Itu juga bermakna sama ada tidak sempat nak jenguk disebabkan ada tuntutan lain atau mood tak mari atau writer's block ataupunnn terhanyut di alam mimpi secara tanpa sengaja akibat keletihan yang amat. Lagipun, malam sebelumnya Iman Firash badannya mering / dedar, memang tumpuannya memantau suhu badan dia dan juga dia merap / menggendeng dengan Farah lettew... sampai apa pun tak boleh. Ha ha ha... 

Jadi sebagai warm up entri... kita sembang-sembang kasual jerlah ya? He he he... inipun mata dah mula berat jer dah ni. Menyusun ayat disebabkan Iman Firash tak nak tidur lagi! Jadi sambil cuba-cuba tahan mata, sambil baring, sambil pegang telefon dan sentuh skrin sesentuh. Tu yang jadi bebel ni ha... Ha ha ha... Pssttt... Tapi kalau entri ni dimuatnaik esok tu... maksudnya terlelap lah tu di pertengahan jalan cerita ini. Sempat setengah bahagian jer. Lagi setengah bahagian tu sambung pagi keesokkan harinya. Muahahaha.... 

Kisahnya Iman Firash... kan dah nak masuk sekolah kan? Self identity knowledge tu adalah penting! Kena kenal nama sendiri, kenal nama ibu bapa. Saja lah dok melatih dia. My name is Iman Firash. My Mommy name is Farah Waheda. My Babah name is Husaini. Hari-hari dok ulang benda yang sama. Ada masa dia akan ikut dan sebenarnya dia tau dan kenal. Cumanya, bila tiba dia bosan dan rasa malas. Jawapan bersahaja dia membuatkan Farah rasa nak tergelak! Ko tanyalah dua puluh, empat puluh kali sekalipun, jawapan dia... akan tetap berbunyi sebegini... 

My Mommy name is Mommy. My Babah name is Babah. Ha ha ha... adoiyaiii pecah perut dibuatnya seisi rumah. Kalaulah yang bertanya tu cikgu dia dan orang lain, mau menggaru-garu kepala mereka. Mommy memanglah Mommy... tapi namanya siapa? Babah memanglah Babah... tapi namanya siapa? Nanti orang pun pening... anak siapalah ni kan? Nama sendiri pun penting juga. Nama sendiri dia jawab ringkas jer... Iman Yash! Ha ha ha.... 

Bolehlah tu dari tak ada bunyi langsung dan tak kenal langsung? Itu dah parah dah namanya tu! He he he... Oklah... Salam Sabtu dan In Shaa Allah... Akan muncul lagi entri yang lain yang lebih kepada informasi untuk manfaat semua. Ini sekadar sembang kosong. Nak bersiap dulu. Nak kena siapkan tugasan blog yang menanti yang telah dijadualkan dan dipersetujui. Selepas tu, hari ni jika berkesempatan nak pergi ambil baju seragam tadika Iman Firash. Saiz? Yang paling kecil XS. Ha ha ha... anak kita kan kecil molek orangnya... ;-) 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928