PAPERPLANES? PAPERPLANES FOR KIDS? Ya… PAPERPLANES – sebuah jenama kasut 100% buatan Korea yang terkenal di Korea dan juga Hong Kong. Untuk pengetahuan anda, di Korea, kebanyakan para selebriti Korea sangat menggemari jenama PAPERPLANES. Kira-kira macam jenama kasut PAPERPLANES ni ibarat macam merupakan salah satu jenama pilihan para selebriti Korea-lah. Dikatakan, selebriti seperti Miss Korea dan bintang-bintang ternama Korea seperti Kim Su Hyon, Park Shin Hye, Ha Ji-won menjadikan jenama kasut PAPERPLANES sebagai jenama pilihan nombor satu mereka. Kalau tanya Farah, memang Farah tak kenal-lah artis-artis Korea ni…Ihikss…
sebab Farah ni jenis yang bukan ambil tahu sangat mengenai artis-artis Korea ni dan Farah akui secara jujur, Farah bukanlah pengikut setia atau pengikut tegar siri-siri drama Korea. Mungkin anda yang tahu serba-serbi mengenai dunia selebriti Korea kenal dengan nama-nama selebriti yang Farah nyatakan di dalam entri ini kan?
.


Jujur juga Farah akui, Farah belum pernah mendengar mengenai jenama kasut PAPERPLANES. Hu hu hu… Terasa diri ibarat macam ketinggalan di belakang pun iya juga ni. Oh goshhh… Dah meningkat kertu dah usia diri ini rupanya sampaikan hampir ketinggalan perkara-perkara yang in pada masa kini. Ha ha ha…
… Kena bekerja keras ni untuk keep up with the pace memandangkan anak bujang Farah semakin lama semakin membesar. Kenalah ambil tahu kan? Sebelum dia kenal, biar Mommy dia kenal dulu! Nanti tak adalah terpinga-pinga sangat bila anak sebut itu sebut ini… Wakakakaka…

Nak dijadikan cerita, bila terima bungkusan dari pihak PAPERPLANES barulah Farah kenal dan barulah Farah tahu mengenai jenama kasut PAPERPLANES ini ok? Kalau tidak memang Farah tak sedar pun kewujudan kasut berjenama PAPERPLANES ini. Haippp! Tolong jangan gelak! Ya, ya, ya… Farah tertinggal keretapi mengenai PAPERPLANES ni. Baru sekarang kot tahu, rupa-rupanya kasut buatan Korea 100% ni adalah merupakan kasut-kasut yang berpotensi untuk duduk sebaris dengan jenama terkenal seperti ADIDAS, NIKE, SKECHERS dan sebagainya.
Uhuksss…
tercekik-cekik manja sekejap Farah… Ha ha ha…
… Untunglah… Untunglah… Yang untungnya Iman Firash lah bila dia berpeluang untuk mencuba salah satu koleksi kasut dari PAPERPLANES yang dikenali sebagai PAPERPLANES FOR KIDS ini. Cemburu Mommy dia ni tau! Ha ha ha… Sebabnya, Mommy dok jenuhlah perah otak nak menyusun ayat… Yang dapat habuannya tanpa buat apa-apa adalah Iman Firash…
… Ha ha ha…Gurau-gurau… Dah namanya pun rezeki anak kan? Jadi apa yang dia dapat adalah rezeki dia dan Mommy sudah semestinya tumpang gembira dan juga bersyukur di atas rezeki yang Iman Firash dapat ini. Alhamdulillah… Syukur pada Allah SWT. Syukran Ya Allah…
.




Apa yang anda lihat di dalam paparan gambar di atas adalah PAPERPLANES FOR KIDS PK7710 yang menjadi pilihan Farah untuk Iman Firash apabila diberi peluang untuk memilih rangkaian prosuk kasut yang mana satukah untuk dicubapakai oleh Iman Firash. Tentulah yang berwarna oren kan? Sebab Iman Firash kan penggemar warna oren yang setia. Serba-serbi nak oren! Jadi untuk berikan dia mencuba sesuatu supaya dia suka tentulah kena pilih sesuatu yang dia suka. Kalau tidak macam mana nak bagi dia mencuba ya tak?
Apakah kelebihan kasut-kasut keluaran PAPERPLANES FOR KIDS ini?
Sepanjang yang Farah sempat belek kasut PAPERPLANES FOR KIDS ini sepanjang hari ini… Ianya memberikan keselesaan yang maksima kepada si pemakai yang merupakan kanak-kanak kecil dan ianya adalah sangat ringan. Konsep PAPERPLANES bersesuaian dengan namanya adalah ringan… Lagipun sebenarnya jika anda hendak tahu, PAPERPLANES terkenal dengan jolokan air running shoes. Moto-nya juga adalah the best-gift to the sky let your feet. Dan apa yang dikatakan mengenai PAPERPLANES adalah lightly from the sky paper airplane carrying con conceived by walking above the clouds like a comfortable fit and stylish design, wear shoes that are lightly paper plane brand naming to show its lightness. Memang Farah berani jamin bukan sebab nak tolong promosi kasut jenama ini ya? Tetapi sebab Iman Firash dan Farah dah berpeluang untuk merasai pengalaman bersama PAPERPLANES FOR KIDS ini, memang Farah sendiri dah rasa yang kasut ini sememangnya ringan! Bila ringan memang memanglah kanak-kanak selesa kan?
Ciri-ciri yang Farah suka pada PAPERPLANES FOR KIDS ini adalah di mana:
Feet Tiredness
Unique air cushioning system will minimize the food burden when the wear or move. Different from existing sneakers experience utmost stylish and get taller.
Active Movement
Prehistoric human walking motion is designed as a more dynamic and vibrant movement.
Breathing Sneakers
Easy ventilating mesh material with holes in the ventilation air cushioning system.
Safety Shoes
Safety by minimizing soles paper plane’s own Technology is responsible.
Brightest Paperplanes
Nampak tak logo PAPERPLANES yang warna kuning dengan base yang berwarna perak yang macam bersinar tu?3M light – emitting processing using the logo in the darkness. Wear it safe.
Memang macam-macam ciri keselamatan yang buatkan Farah kagum dengan PAPERPLANES FOR KIDS ni… Malahan bukan sekadar PAPERPLANES FOR KIDS, mak dia ni pun turut dah terjatuh cinta dengan koleksi kasut PAPERPLANES. Farah dah tak kelip-kelip mata memandang yang satu ini:
Jenama kasut PAPERPLANES juga boleh didapati di Lazada Malaysia.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PAPERPLANES: