Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

KALENDAR 2017 | Kalau Macam Ni… “Confirm” Tak Buang!

$
0
0
KALENDAR 2017_KALAU MACAM NI ... CONFIRM TAK BUANG!

Alahaiii baiknya hati yang menghantarkan token ataupun hadiah berupa kejutan di bulan Disember 2016 ni! Gift with a bow. Terkejut mengada-ngada pula Farah tadi bila tiba parcel dari Bahagian Logistik. Seingat Farah, belum ada lagi parcel untuk advertorial ataupun review yang dijangka masuk untuk bulan ini… Ermm… Flirt maleadalah, tapi belum sampai lagi, sebab jauh…takkan secepat itu pula sampainya kan? Tak mungkin…

Tertanya-tanya juga siapa yang menghantarkan parcel hari ni, akan tetapi kesemua gambar-gambar yang diambil adalah diambil dari laman Instagram dan juga Facebook Farah…Farah tau! Farah dah belek-belek dan perhati betul-betul… Open-mouthed smile Muahahaha… Sebab gambar yang ada dalam simpanan Farah yang Farah jer ada dan tak pernah muatnaik di laman media sosial nan hado… Kalau Farah lah yang buat sendiri dah tentu-tentu Farah selitkan satu atau dua atau tiga gambar-gambar yang ada di dalam simpanan yang tidak pernah dimuatnaikkan ke mana-mana laman media sosial.

Terharu! Dan cantik sangat tau! Tak pernah pula terfikir dan tak pernah pula terasa nak customized kalendar dengan gambar-gambar anak dan gambar-gambar sendiri… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Lagipun masa memang amat mencemburui Farah sejak kebelakangan ini… Memang tak sempat nak susun-susun dan hasilkan kalendar customized ni…

KALENDAR 2017_KALAU MACAM NI ... CONFIRM TAK BUANG!  2

Suka! Suka! Suka! Terima kasihlah banyak-banyak sebab bagi hadiah ni pada teman yer? Ngee… Open-mouthed smile… Mula-mula memang tak tau siapa yang bagi…Tapi bila dah tanya punya tanya kawan-kawan yang ada berkawan dengan Farah ni haa… Akhirnya adalah seorang kawan (perempuan ya…ihiksss) dah mengaku, dia yang buatkan dan dia yang minta Pixajoy hantar pada Farah. Alhamdulillah, terima kasih kawan! Appreciate sangat-sangat…

KALENDAR 2017_KALAU MACAM NI ... CONFIRM TAK BUANG!  3

KALENDAR 2017_KALAU MACAM NI ... CONFIRM TAK BUANG!  4

KALENDAR 2017_KALAU MACAM NI ... CONFIRM TAK BUANG!  5

Kebiasaannya, kalau dah habis tahun jer, kalendar terus buang, tak simpan lagi dah… Akan tetapi, disebabkan oleh kalendar ni lain dari yang lain, tambahan pula lagi penuh dengan gambar Iman Firash… Memang sah-sah tak akan buang dan kalendar ni akan disimpan sepanjang hayat… In Shaa Allah… Haruslah kannn? Takkan nak buang pula, ada gambar anak kita dalam keseluruhan kalendar tu…

Welcome 2017! Send a kiss

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928