Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Jerebu Datang Lagi!

$
0
0
Source Extracted from Google
Rasanya dah macam jadi trending dah fenomena jerebu ni... Almost each year without fail, mesti jadi sekali kan? Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah2 kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. However, dari dekat ianya berwarna putih seperti asap.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU... IPU 0-50 - Baik, IPU 51-100 - Sederhana, IPU 101-200 - Tidak Sihat, IPU 201-300 - Sangat Tidak Sihat, IPU 301 - 400 Berbahaya, IPU 401 - 500 - Sangat Berbahaya, Lebih 501 - Darurat.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada kanak2, orang tua, pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain serta perokok. Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah iritasi kerongkong serta batuk2, kesukaran bernafas atau hidung tersumbat, iritasi di mata serta mata yang merah dan kulit terasa gatal.

Bahaya ni...dan nak kena ambil precaution and safety to health measure... x mau la sakit2 kan kalau boleh... nanti apa pun tak boleh. Ye la, komponen2 yang terdapat pada jerebu such as karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon , habuk dan logam kan boleh bawa kesan buruk kepada human health.

So uols, sesiapa yang berhadapan dengan masalah jerebu ni... jomlah kita ambil langkah2 pencegahan yang sewajarnya... sesiapa yang ada dalam kumpulan yang berisiko tinggi kenalah makan ubat sepertimana yang dinasihatkan doktor, jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap, pakai mask yang mempunyai filter if terpaksa keluar, sentiasa basuh bahagian yang terdedah dengan air bersih, rajin2 mandi, banyak minum air, pakai aircond while driving instead of buka tingkap dan sediakan ubat jika uols mempunyai penyakit pernafasan such as asma ke.... 

Hopefully... fenomena jerebu ni dapat berakhir dengan cepat... dan diharapkan agar uols2 semua yang tinggal di kawasan2 yang mana jerebu semakin serious... jaga kesihatan dan jaga diri tau? Take care peeps.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles