Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

SENAMAN Selepas Bersalin "CAESAREAN"...

$
0
0
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Kenapa? Kenapa? Kenapa? 😣 Kenapa tak tau dari dulu? Kenapa tak tau yang sebenarnya boleh jer bersenam selepas bersalin melalui kaedah pembedahan? Kenapa tak terfikir dulu? 😭 ruginya rasa dalam hati nih! Macam terkilan pun ada! Kenapalah boleh tak terfikir masa tu? Aikk... Sedih sangat ke? Terkilan sangat ke? 😂 ...Ok ok, saja nak melawak walaupun tak jadi lawak punnn... Tak apalah, mungkin sebab itu adalah kali pertama, jadi, tidak banyak sedikit pastinya ada terlepas pandang sana sini dan tidak banyak sedikit, pastinya ada kekurangan kan? Tak mengapa, yang berlalu kita biarkan berlalu... Yang kita hadap adalah masa akan datang... Jika Farah terlepas pandang dan terlepas tahu... Sekurang-kurangnya, ini adalah untuk anda yang mungkin memerlukan informasi ini. 

Baiklah... tanpa melengahkan lebih banyak masa, mukadimah sepanjang-panjang laman web... Mari kita ambil pengetahuan ini. Jika bukan bermanfaat kepada kita, akan menjadi sesuatu yang bermanfaat bagi orang-orang di sekeliling kita yer tak? 🙆.

Tapi sebelum tu nak bagi tau, ini adalah perkongsian yang dipinjampakai dari SINI... 

Senaman Yang Boleh Dilakukan Selepas Pembedahan Bersalin

1. Mulakan senaman di hari pertama selepas pembedahan. Di bawah ini adalah senaman yang telahpun disyorkan oleh  oleh pakar perubatan. 

👉 senaman menarik nafas.

👉 batuk untuk memulihkan paru-paru. 

👉 senaman betis dan kaki. 

2. Pada hari kedua pembedahan, senaman dilakukan secara perlahan dan berhati-hati di keadaan yang selesa di atas katil.

Senaman Perut Setempat 

Kuncupkan perut anda dan relaks 5 kali setiap sesi, 3 kali sehari. 

Sumber dari SINI

Kontraksi Otot-Otot Pelvis (Kegel's Exercise)

Kuncupkan otot-otot pelvis seperti anda menahan kencing, rasakan kuncupan otot-otot pelvis dan cuba bertahan selama 5 saat dan relaks. 10 kali setiap sesi, 3 kali sehari. 

Senaman Pernafasan

Tarik nafas dengan dalam dan rehat secara perlahan-lahan sebanyak 5 kali. Ulangi setiap jam selepas bangun bagi untuk 2 hari pertama. Ini bertujuan untuk membantu paru-paru bersih dan menghalang sebarang komplikasi. 

Batuk

Bengkokkan kedua-dua lutut, duduk ke hadapan dan sokong tempat luka dengan bantal secara kemas, (Rujuk gambar). Tarik nafas, tahan dan batuk dengan dalam. Ulang 3 kali. Ini bertujuan untuk membawa kahak bergerak keluar dari laluan pernafasan. 

Sumber dari SINI

Senaman Kaki

Gerakkan sendi pergelangan kaki kanan ke atas dan ke bawah. Ulang 10 kali. (Rujuk gambar di bawah)

Sumber dari SINI

Sumber dari SINI
Gerakan kedua-dua tapak kaki secara bulatan. Ulang 10 kali. (Rujuk gambar di bawah)

Sumber dari SINI
Bengkok dan luruskan lutut secara selang-seli. Ulangkan 10 kali. Senaman ini bertujuan melancarkan peredaran darah. 

Jenis Senaman Yang Perlu DIELAKKAN Sebaik Selepas Pembedahan!

❗️ Mengangkat kedua-dua kaki. 

❗️ Duduk tegak dari kedudukan baring. 

❗️ Melompat. (Tak taulah siapa yang dok daring sangat nak melompat lepas pembedahan bersalin kan? kui kui kui...Mau terbuka jahitan oiiii....) 

Jadi... andai katalah anda akan melalui proses bersalin melalui pembedahan iaitu caesarean... bukannya tak boleh bersenam boleh jer...  Cuma antara anda tahu atau tidak jer... Ngee,,, Semoga bermanfaat yer... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles