![]() |
Sumber dari Google |
Bagi yang lupa, bagi yang alpa, bagi yang tak terperasan dan juga peringatan kepada diri sendiri juga ni… Botol susu anak-anak kecil kita sememangnya perlu kerap ditukar…Bukan beli sekali selepas tu pakai 2-3 tahun! Alhamdulillah, setakat ini, setiap 6 bulan sekali Farah akan menukar botol susu Firash. Memang siap-siap buat “marking” dan “reminder” di kalendar telefon untuk memastikan yang Farah tidak lupa. Huhhh…Ha ha ha…Banyak betul “marking” dan buku nota bila ada anak kecil ni yer tak? Bermula dari jadual imunisasi dia dulu, bermula dari tempoh waktu bila susu formula perlu ditambah semula, bermula dari tempoh waktu bila lampin pakai buang perlu ditambah semula, buku nota suhu badan…segala-gala bendalah yang berkaitan dengan dia… Kalau yang kerjanya jadi “Personal Assistant” ataupun “Secretary” tu, bukan sekadar jadi “Personal Assistant” atau “Secretary” di pejabat jaga “boss” jer oiiii…. Di rumah jadi “Personal Assistant” ataupun “Secretary” kepada anak dan juga keluarga. Ihiksss… Kannnn???
Menurut sumber di SINI, untuk mengukuhkan lagi penceritaan ini kannn? Supaya semua orang tahu dan semua orang beringat termasuk diri sendiri ni haaa… Bukan hanya makanan atau produk penjagaan kulit sahaja yang ada tarikh jangka hayatnya tetapi botol susu yang digunakan setiap hari oleh anak-anak kita juga perlu kerap ditukar.
Walaupun terdapat banyak jenama botol susu di pasaran yang mendakwa botol susu keluaran mereka berkualiti dan selamat untuk bayi tetapi ia tetap tidak boleh digunakan melebihi tempoh enam bulan. Tidak kira sama ada anda membeli botol susu yang mahal harganya, dijamin berkualiti dan bebas BPA namun kita tetap perlu memastikan jangka hayat botol tersebut tidak melebihi had yang sepatutnya. Ini kerana botol yang anak-anak kita gunakan untuk minum susu mungkin juga boleh menyebabkan kepada jangkitan kuman dan masalah kesihatan kepadanya, kesan daripada kesilapan semasa proses pembersihan dan penyelenggaraannya.
Bukan hanya puting botol sahaja yang mesti ditukar tetapi botol susu juga perlu kerap ditukar. Jangka hayat bagi botol susu yang bebas BPA adalah diantara tiga hingga enam bulan. Berikut adalah sebab-sebab yang memerlukan botol susu bayi ditukar kepada yang baru.
Penggunaan Sabun Pencuci
Sudah tentu kita membasuh botol susu anak menggunakan sabun pencuci kan? Walaupun menggunakan sabun khas untuk mencuci botol susu anak sahaja dan dikatakan organik tetapi lama kelamaan pasti akan ada juga kesan penggunaan sabun pencuci tersebut sebab itulah botol susu anak perlu ada jangka hayat penggunaannya.
Kesan Calar
Akibat terlalu kerap dibasuh, sudah tentu botol susu anak akan berisiko untuk mengalami calar. Sebarang botol susu yang sudah calar, adalah tidak selamat digunakan kerana berisiko menyebabkan kerosakan botol dan tidak selamat digunakan oleh bayi sebab ada pembebasan toksik dan bahan kimia.
Kesan Pensterilan
Proses pensterilan memang bagus untuk membunuh kuman yang membiak di botol susu anak tetapi terlalu kerap mensteril boleh memberi kesan kepada ketahanan jangka hayat botol susu tersebut. Jadi pastikan kita ni kerap menukar botol susu anak untuk memastikan ia terus selamat digunakan.
Bertukar Warna
Jangan terlalu mengikut kehendak anak yang enggan menukar botol susunya kepada botol yang baru. Alasan anak enggan minum susu dalam botol lain tidak boleh digunakan kerana jika botol susu anak sudah bertukar warna menjadi kekuning-kuningan, kita memang wajib menukar botolnya.
Kesan Bau
Pernah tak anda sendiri rasa hendak termuntah apabila terhidu bau botol susu anak? Kalau iya, memang anda perlu membeli botol susu baru untuknya. Itu tanda botol itu sudah tidak selamat dan sihat hendak digunakan oleh anak.
Bagi mengelakkan masalah terlupa bila tarikh sepatunya menukar botol susu anak, maka gunakanlah kaedah kreatif masing-masing untuk membuat peringatan. Ia nampak seperti perkara remeh tetapi memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anak-anak.