Malam semalam dah “tempting” sangat nak makan, tetapi sibuk jer tahan diri untuk tidak makan jeruk malam-malam. :-). Lama juga tak layan makan jeruk jeruk ni. Tiba-tiba pagi tadi, serasa memang dah tak boleh tahan sangat dah…Ha ha ha…Akhirnya menjadi sarapan pagi! Sambil memandu, sambil melayan Jeruk Madu Pak Ali ni. Mana dapat ni? Owhhh… Atuk Ash bawa balik semalam, ada penduduk di Cahaya SPK tempat Atuk Ash bekerja pergi ke Pulau Pinang dan bawa balik buah tangan. Alhamdulillah, rezeki itu ada di mana-mana. Syukur pada Allah.
Bercerita tentang Jeruk Madu Pak Ali ni…Ni nak kongsi sedikit informasi mengenai Jeruk Madu Pak Ali yang sememangnya terkenal terutama-tama di Pulau Pinang.
Pak Ali Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa di bawah jenama Pak Ali. Jeruk-jeruk ini dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari lading. Rasanya yang enak dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Produk Jeruk Madu Pak Ali telah mendapat pengiktirafan Sijil HALAL dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sijil MESTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil “1 Malaysia Best” dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA). Sempena MAHA 2014, Jeruk Madu Pak Ali telah dianugerahkan sebagai pemenang Industri Asas Tani Jaya peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Penghasilan jeruk ini diusahakan di kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang semenjak dari tahun 2009. Dikilang ini juga para pelancong dan pelanggan dapat melihat sendiri industry pembuatan jeruk secara lebih dekat disamping dapat membeli-belah barangan keluaran Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. dan produk-produk usahawan tempatan lain dari Pulau Pinang di Pusat Jualan Jeruk Madu Pak Ali.
Jeruk Madu Pak Ali kini semakin terkenal sebagai buah tangan dari Pulau Pinang. Sudah menjadi kemestian bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang mendapatkan Jeruk Madu Pak Ali sebagai cenderahati kepada sanak saudara dan sahabat handai. Nak lihat wajah Allahyarham Haji Ali Bin Haji Omar. (gambar kanan).
![]() |
Sumber dari SINI |
Jeruk Madu Pak Ali |
![]() |
Kuah Rojak Pak Ali |
![]() |
Produk Berasakan Buah Pala |
![]() |
Kuih Tradisional : Peneram & Dodol |
Untuk Maklumat Lanjut:
Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd.,
Lot 420-421, 652-655,
Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek,
14120 Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.
Tel/Fax : +604-588 3781
Email : pakalifood@gmail.com