
Tidak pernah terfikir dan tidak pernah terlintas oiii... Bila lihat gambar ni tiba-tiba terfikir, kenapalah tak pernah terfikir sampai begini sekali??? :-). Bila dah lihat begini jadi tertarik dan jadi suka. Bila dah lihat macam ni terfikir, kalau lakukan aktiviti ini dengan Ash pasti seronok ni dan rasa macam nak buat! Tapi buatnya? bila entah! Ha ha ha...
Kalau menjadi aktiviti ni, memang akan jadi hiasan dinding rumah yang paling berharga dan hiasan dinding rumah yang tidak boleh sekali-kali digantikan dengan hiasan dinding rumah yang lain. Tak ada harga yang boleh membayar dan tak ada yang lain yang mampu menggantikan nilai sentimentalnya yang tinggi. Kreatif dan unik idea ni! Suka suka suka...
Memoir selamanya sepanjang hayat sewaktu dan ketika anak masih kecil. Yang boleh dikenang sambil tersenyum-senyum sendiri di masa akan datang. In Shaa Allah, jika umur panjang kan? :-). Nak buat ke? Ahaksss memang rasa nak buat... Tapi tu lah... Bilalah ada masa dan kesempatan ni. Yang anak pula tentu seronok kan? Dapat buat kecah... ;-)