Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Macam Nak Jual Tudung Tak???

$
0
0

Salam pagi Sabtu "uols"... ^_^... Emangnya bersiaran dari kantor giteww pagi ini!!! Ahaksss... sebabnya minggu ni adalah minggu giliran kerja saya... 

Nak dijadikan cerita, malam semalam sebab hari Jumaat kan? dan fikiran dah menuju ke "weekend holiday plus2" Pink Panther pula akan "fly" ke Auckland, New Zealand "on Monday",jadinya mata tu seakan tau jer tak boleh nak lelap... la la la la... Dan bila tak boleh nak tidur tu, mulalah berfikir nak buat apa kan? 

Bagi orang yang baru ajer berhijab pada tahun 2013 ni, memang ler tak ada nak beli "hanger" tudung segala bagai kan??? Selalunya semua "shawl2" saya dan juga tudung2 saya, main lipat jer kat tempat kain2 yang tunggu untuk digosok... Bila nak pakai baru terhegeh2 nak gosok...wakakakaa... sebabnya kadang2 fikiran ni boleh berubah2...sekejap nak pakai tudung tu, sekejap nak pakai tudung ni.... dan baju pun boleh jadi macam tu jugak... wakakakaka.... orang perempuan biasalah.... 

Jadinya, malam semalam dah terlebih rajin "uols" dan mata pun tak boleh nak lelap... apa akak buat? Ada penyangkut baju "extra" kat rumah ni, dari tak pakai baik guna kan??? Pasang penyangkut baju tu, letak dalam bilik dan gosok tudung2 yang ada... agak macam buat mana yang larat lah, tak habis lagi tu... Lepas dah gosok, sangkut kat penyangkut baju tu, hasilnya seperti yang "uols" nampak di dalam gambar di atas tu lah... Huh, puas hati, lepas ni nak pakai sauk jer, tak yah susah payah kelam kelibut nak bergosok2 bagai di waktu pagi...wakakakaka.... jimat sikit masa kan? Akak ni dahlah kalau bersiap berjam... Orang yang tunggu memang boleh jadi tak sabar ok? 

Tapi bila dah buat macam ni, terasa macam terbuka kedai jual tudung mini pun ada... macam nak jual tudung tak??? "uols" tengok... *_^ 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles