Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Dalam Dunianya Sendiri...

$
0
0

Bila dah semakin meningkat usia, bila dah semakin besar, dah semakin ada perbezaannya dah. :-). Semakin boleh berdikari, semakin giat bereksplorasi, semakin banyak akal dan juga semakin mudah Farah nak melakukan banyak perkara yang perlu diselesaikan. Namun, semakin mudah itu bukanlah bermaksud tiket bagi Farah untuk membiarkan Ash sebegitu sahaja. Apa yang Farah maksudkan, adalah bila mana dia leka bermain sendiri, Farah lebih mudah fokus kepada apa yang Farah sedang lakukan. Sambil-sambil mata mengerling sesekali untuk memantau aktiviti dia. Ada kalanya, dia perlu dibiarkan bereksplorasi dan bermain sendirian juga supaya minda dia dapat berkembang sendiri. Tak kan semua nak harap Mommy kan??? Ihikss... 


Cara Ash main sendiri? Inilah salah satunya... Susun kereta permainan dia satu persatu di anak tangga dan kemudiannya bermainlah dia seorang diri melayan imaginasi sendiri dan khayalannya. Cara anak tunggal bermain macam ni lah... Bha ha ha... Tak ada insiden berebut, tak ada insiden bergaduh, tak ada insiden mengadu kerana barang permainan dirampas. Menangis tu ada... Bila mana sesuatu yang dia cuba lakukan berulang kali tetapi tetap tak berjaya. 


Selain anak tangga? Sofa jadi tempat kegemaran dia bermain juga. Terdampar Captain America dikerjakannya di atas sofa. Ikut suka mana rasa dia nak lempar dan biarkan. 



Sungguh-sungguh kalau bermain tu. Harapnya menimba ilmu pun sungguh-sungguhlah yer? :-P. In Shaa Allah, Amin. Bila lihat gelagat dia macam ni, besarrr dah anak Mommy. Ha ha ha. Tiba-tiba terfikir... Senanglah Mommy nak mula ambil tempahan kek semula kalau macam ni kan??? #ehhh ha ha ha... sambut saranan #2kerja... tapi kannn Mommy ni bukan setakat #2kerja... Bertimbun dan bertindan kerja dah Mommy ni buat... Wakakaka....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles