![]() |
Source Extracted from Google |
Tiba2 jadi bersemangat nak bercerita...wakakakaka...pagi tadi masa nak "charge" Ms. Apple dengan menggunakan PC Office, tiba2... jeng jeng jeng, dapat "notification" yang iOS 7 dah available untuk update pada Ms Apple... Memang hari tu ada dengar2 diaorang dok kepoh2 cerita pasal iOS 7 ni... wah nampak gayanya dah "release" dah ni... Jadi dengan gatal tangannya...akak pun "update"lah daripada iOS 6 kepda iOS 7....
Apakah Kelebihan iOS7?
Dikatakan iOS7 adalah satu perisian "mobile" yang cuba memperbaharui segala perspektif dalam telefon pintar iPhone supaya lebih mesra pengguna. Paparan skrin mengalami banyak perubahan yang menarik dari segi ikon aplikasi, "control centre', "multitasking", kamera dan "photo" (galeri gambar), semuanya diperbaharui.
iOS 7 dilengkapi dengan teknologi "Airdrop". Melalui aplikasi, pengguna boleh berkongsi gambar dan data lain dengan hanya menggunakan talian 3G, LTE ataupun WiFi. "Airdrop" tidak memberi masalah kepada pengguna kerana teknologi itu sudah digunakan melalui sistem operasi X (OS X) yang digunakan pada komputer keluaran Apple. Dikatakan tidak akan timbul sebarang masalah mengenai kestabilan aplikasi "Airdrop" kerana ianya sudah pun diuji. Applikasi ini akan memudahkan pengguna peranti "Apple" kerana semua data, termasuk dokumen dan gambar boleh dikongsi dengan mudah tanpa perlu pelayaran Internet, mahupun teks pesanan ringkas (sms). Ia tidak memerlukan tetapan, ia mengesan individu menggunakan peranti Apple berdekatan secara automatik dan seterusnya melakukan perkongsian data.
Bagi versi iOS 7, "Apple" turut memperbaharui kamera dalam iPhone dengan pelbagai kesan khas baru. iTunes kini diperbaharui dengan iTunes Radio. Pelayaran web menggunakan Safari juga semakin bagus, pengguna boleh melayari paparan (tab) Internet tanpa batas. Integrasi dengan laman web sosial juga tidak lagi hanya terhad dengan Facebook dan Twitter, kini turut diintegrasikan dengan LinkedIn dan Flickr.
Seronok juga bermain2 dengan iOS7 ni... sesuatu yang baru... skrin pun dah lebih cantik...he he he... Ms. Apple 5 dah "update iOS7", tinggal Ms. Apple 4 dan juga iPad sahaja sekarang ni... Contoh paparan skrin iOS7? Cer tengok kat bawah ni...
*Siapa2 yang pengguna Apple, jomlah cepat2 "explore" iOS terbaru ni... *_^... akak pun x habis "explore" lagi ni...hik hik hik... ooopsss... sila perhati betul2...akak tak ada pun apps Camera 360 ataupun Perfect 365 "hoccay"? Semua gambar "natural" jer giteww.... dan tak banyak sangat pun "download apps" melainkan "games and tools for browsing and blogging"...wakakaka.... Jap... tiba2 terfikir nak "download" pula "apps" Camera 360 tu, nak try tengok bagaimana kecanggihannya...he he he, kesian tertinggal "train" rupanya akak ni... *_^ wink wink...