Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Denda Apa Yang Paling Teruk???

$
0
0
Source Extracted from Google
Petang2 ni terimbau pula zaman sekolah dulu... banyak memori yang buatkan saya tergelak atau tersenyum sendirian... Teringatkan suasana persekolahan, teringatkan kawan2... Masa sekolah rendah dulu saya sekolah "co-ed" tapi bila masuk sekolah menengah, saya bersekolah di "all girls school"... ^_^ ... 2-2 pun best sebenarnya bagi saya... Sama ada "co-ed" ataupun "all girls school". 

Nama pun dah sekolah kan? Tentu2lah mesti ada aktiviti nakalnya dan bila aktiviti nakal dah tentu2 ada denda...

Seingat2 sayalah, mula2 kena denda masa kat sekolah adalah masa sekolah rendah...masa tu darjah 3...tapi denda ni adalah denda berkumpulan...wakakaka...sebab kelas bising sangat, hingar bingar macam pasar borong "uols"...kena pula "time2" tu cikgu kelas memang satu sekolah tau dia sangat tegas...bawa rotan ke hulu dan ke hilir... rotan halus tu... Disebabkan kelas hingar bingar macam pasar borong bila dia masuk, kitaorang semua tak perasan...semua kena denda berdiri selama 15 minit dan sorang2 kena datang ke depan meja cikgu tadah tangan...dan woooshhhh... hamik ko...sedap tak??? Sejak hari tu, kalau kelas bising masa cikgu tak ada, semua orang akan bekerjasama untuk tinjau2 cikgu sama ada "on the way" ke tidak. Kalau cikgu "on the way", lepas tu kitaorang mesti duduk diam dalam kelas macam ada malaikat lalu kata orang... ekekekeek... ^_^ Apa yang penting kerjasama! ngeee....

Lepas tu, kali kedua masa darjah 5...satu kelas kena denda berdiri sepanjang kelas sebab bising masa cikgu mengajar, kebetulan cikgu kelas kitaorang tu masa tu tengah sarat mengandung...memang ler "mood swing" tak hingat...tapi yang sedihnya...kesian Cikgu Faezah (nama cikgu tu ler) dia nangis "uols" sebab kitaorang nakal sangat...

Selebihnya, seingat2 saya tak ada, ekekekeke... "naughty" juga masa zaman2 sekolah dulu walaupunnnn pengawas... wakakakaka... tapi yang kena denda, itu ajerlah yang ada diingatan...selebihnya "as far as I know" tak adalah... "Uols" pernah kena denda tak? Apa denda yang paling teruk pernah "uols" kena??? Ceciter sikit? *_^

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles