Akhirnya yang ditunggu sudah tiba... Dah sekian lama dah tak mencetak "photobook" Iman Firash ni haaa...Kali terakhir adalah pada bulan Mei 2014. Agak-agak lebih dari tempoh setahun juga tu... Bukannya sebab apa, masa tu yang tak berkesempatan sangat nak membelek dan membedek perisian "photobook" untuk hasilkan "photobook" yang seterusnya. Untuk melihat "photobook" yang pernah dikongsikan sebelum ini bolehlah rujuk ke entri:
"Photobook" pertama Ash untuk gambar-gambar yang berusia dari lahir sehingga ke usia 3 bulan.
"Photobook" kedua Ash untuk gambar-gambar yang berusia dari 4 bulan ke usia 6 bulan.
Bermakna? Untuk "photobook" yang ketiga ini adalah sepanjang tempoh selepas 6 bulan sehinggalah ke usia 2 tahun tempoh hari. :-)
Untuk kali ini, Farah buat pertama kalinya, mencuba pula perkhidmatan dari Photobook Malaysia. Sebelum ini Farah menggunakan perkhidmatan PixaJoy. Ubah angin sedikit. Tak salah pun kannn??? Cuba pilihan yang ada, mana yang terbaik itu yang kita akan gunakan. Oh ya! Ini adalah promosi ok? Harga promosi dari Photobook Malaysia, di mana untuk "Softcover Photobook" bersaiz 6x6 ini, Farah cuma perlu membayar RM3.00 sahaja. Iya...RM3.00 sahaja untuk kos pencetakkan. Jenis kertas pula Farah ubah kepada kertas jenis "matte" yang kalis air. Jumlah keseluruhan termasuk yuran pos adalah RM 16.80. Jimat tak? Jimat kannn???
Kongsi sedikit apa isi dalam "photobook" pada kali ini...
Komen peribadi??? Sangat berpuas hati, cumanya ha ha ha, tidak seperti yang lalu yang dicetak di atas kertas kalis air yang tebal iaitu "hardcover"... kali ini "softcover" dan masih kalis air...Nampaknya kena berjaga-jaga bila masa Ash nak syok sendiri "flipping" gambar-gambar dia...Ha ha ha... Dia tu kadang-kadang "self-concern" juga, ada masa dia suka selak gambar-gambar dia sendiri sambil tersenyum-senyum...Macam faham sangat lerrr pula kannn?
Ada lagi sebuah lagi "photobook" yang perlu disiapkan sebab dapat hadiah dari Photobook Malaysia...Percuma pencetakkan untuk kali pertama menjadi pelanggan mereka...Tengah fikir kalau nak syok sendiri "compile" gambar "selfie" sendiri dan cetak...Ahaksss...;-)