Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Hujung Minggu Ni??? Jom Ke Festival Light & Motion, Putrajaya 2015 (LAMPU)

$
0
0
Sumber dari Google
Putrajaya bakal bermandikan cahaya sekali lagi!!! Sebelum ini jika anda terlepas menyaksikan simbahan cahaya yang indah-indah serta menakjubkan, mungkin kali ini anda berpeluang. Antara cadangan aktiviti riadah hujung minggu berkeluarga atau berpasangan yang boleh diambil kira dan dimasukkan ke dalam senarai hujung minggu ini. 

Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3 Putrajaya pada 30, 31 Oktober 2015 dan 1 November 2015 dari jam 7.30 malam sehingga 12.00 tengah malam. 

LAMPU 2015 atau "Light And Motion Putrajaya" adalah sebuah acara mega anjuran Perbadanan Putrajaya yang merupakan ahli "Lighting Urban Community International (LUCI), sebuah badan persatuan antarabangsa yang menyokong inisiatif, evolusi idelaistik dan transformasi induatri pencahayaan di bandar-bandar di seluruh dunia. 

Festival bertaraf antarabangsa, LAMPU 2015 diilhamkan untuk mengetengahkan elemen kemodenan dan kemajuan industri pencahayaan di Malaysia memartabatkan inisiatif pencahayaan bandar khususnya Putrajaya yang lebih sistematik dan ideal di peringkat yang lebih tinggi dan antarabangsa. 

Jadual acara dan agenda program Festival LAMPU 2015 adalah seperti yang berikut:

Sumber dari Google
Bolehlah kannn??? Aktiviti hujung minggu kali ini jika anda berkesempatan untuk turut serta bersama-sama memeriahkan serta beriadah bersama keluarga, pasangan atau siapa-siapa sahaja... ;-) 

Untuk Maklumat Lanjut: 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles