Kalau dah dikata pasti akan dikotakan. Demi mengisi masa lapang anak dan juga bagi membantu di dalam perkembangan mindanya, akhirnya buat pertama kali pada hari Ahad yang lepas baru-baru ni, Ash, Mommy dan Nek Ma sama-sama pergi sekolah. Muahahaha... Habis semuanya pergi ke sekolah. Sekolah main jer pun... Kira-kiranya rasa sedikit juga debaran menghantar anak ke sekolah oiii walaupun sekadar sekolah main. Nama program Ash adalah HappyTots iaitu untuk kanak-kanak seawal 18 bulan sehingga usia 2 tahun setengah. Program ini sebenarnya kelas eksplorasi sensori, pergerakkan fizikal, skil mendengar, skil nada, koordinasi tangan serta mata, muzik, skil motorik halus, "tidy up time", skil sosial, perkongsian, ambil giliran dan perkembangan minda awal.
Kelas Ash adalah pada pukul 2.15 petang pada hari yang pertama. Ingatkan menangis tetapi rupa-rupanya teruja sungguh dia apabila sampai di situ. Awal-awal dah berkawan dengan rakan sebaya.
Itulah rakan sekelas dan rakan sebaya Ash yang bernama Bella. Itu juga keadaan di dalam kelas Ash pada hari tersebut. Seronok betul dia bermain...sebab ada bola kan? Ash kan minat sangat dengan bola? Sebab tu bertambah-tambah gembira dia bila nampak kelibat bola-bola plastik yang banyak. Bebas berlari ke sana ke mari. Sebagaimana dia bermain di rumah, macam tu jugalah dia bermain di kelas.
Bila lihat pelekat-pelekat 3d di dinding sepertimana yang ada di rumah, dia rasa seolah-olah seperti di rumah. "Meeee...Jaff...Jaff" katanya yang bermaksud "Giraffe"... Memang Farah lepaskan sahaja dan biarkan sahaja dia bebas ke sana ke mari bereksplorasi di dalam kelas. Lagipun kawasan selamat, biarlah dia merasa kebebasan itu dan Farah tidak ingin menyekat.
Di dalam kelas tersebut, ibu bapa turut sama terlibat dan harus ada dengan anak-anak masing. Tak ramai pun... Di dalam satu kelas cuma ada 5 orang kanak-kanak sahaja jadi tumpuan sememangnya sepenuhnya kepada mereka. Di dalam masa yang sama, ibu bapa yang hadir boleh berkenal-kenalan dan bersosial sambil bertukar-tukar cerita, pengalaman serta informasi sesama kami. Bersosial secara keibubapaan kaedahnya... Ihiksss... Ash dapat kawan, Mommy pun dapat kawan-kawan baru. Nampak tu??? Dia main balun jer, asalkan lelaki tak kisah siapa dia tunpang bermanja kerana dia sangkakan Abah dia. Hu hu hu...Ash oh Ash...
Bagi kelas yang pertama kalinya ini, Alhamdulillah-lah... Dia mampu untuk mengikuti kelas tersebut dengan caranya yang tersendiri, seronok mengikut cara dia. Kembang bertaman-taman hati Mommy dia tengok perkembangan dia. Menangis? Adaaaa.... Mustahillah tak menangis kan? Menangis bila mana "teacher" ambil barang dari tangan dia. Ash ni memang... Kalau kata Mommy bagi jiran lauk ke, kuih ke, atau apa-apa sahaja barang dari rumah pun menangis. Bagi dia itu kepunyaan dia tak boleh beri pada orang lain. Sebab tu perlahan-lahan nak kena ajar dia dan didik dia. Dan lagi satu! Menangis bila tiba waktu tidur dia... Ha ha ha....
Sempat juga Farah rakam video Ash sepanjang mengikuti kelas tersebut... Buat kenang-kenangam kali pertama Ash ke sekolah... Ha ha ha... Jom tonton???
Tak ada masalah untuk Farah rakamkan video Ash di kelas walaupun mungkin ianya kelihatan agak pelik bagi sesetengah orang. Ha ha ha... Awal-awal Farah dah berikan kad blogger Farah dan mereka tahu Farah adalah seorang ibu bergelar blogger. Lagipun secara tak langsung, di dalam perkongsian Farah, mungkin ada ibu bapa yang berminat kan? Seronok sebenarnya bila ulang tayang video-video yang dirakamkan ni banyak kali. "Moments" ni oiii dan seronok juga bila anak sendiri faham dan mampu menguasai kelas yang diikuti. Lagi semangat Mommy nak mengajar Ash. ;-).
Kelas berlangsung selama 45 minit dengan pelbagai pengisian dan juga aktiviti yang mampu menarik minat kanak-kanak sebenarnya. Bagi Farah, ia adalah sesuatu yang bagus untuk pendedahan serta perkembangan semasa Ash mengikut peringkat usianya. Setelah tempoh 45 minit berlalu... Ash dan rakan-rakan diberi pelepasan serta kebenaran untuk bermain di "play room"... Kanak-kanak dapat bermain memang sukalah kan???
Seronok dia sesekali ramai kawan. Sampaikan tak nak balik "chuolls"... Tiba masa diangkat untuk balik dia menangis dan meronta-ronta nak "stay" lagi di situ. Ha ha ha... Tapi tak bolehlah Ash...Takkan kita nak tidur situ... Ash kena balik, kena tidur... Memang yer pun keletihan... Tidurnya sepanjang pantang dan Mommy terpaksa kejutkan bila menjelang waktu Maghrib. Letih betul tu... Letih tapi menyeronokkan kan Ash sesekali begitu?
Permulaan yang agak baik buat dia. Sehingga hari ini dia masih ingat apa yang diajarkan di dalam kelas tempoh hari. :-). Yurannya adalah mampu untuk semua ibu bapa... RM 170.00 sebulan bersamaan 4 jam sebulan dan anak-anak perlu menghadiri 10 sesi untuk melengkapkan satu kitaran pembelajaran. Untuk bulan pertama, anda hanya perlu membayar RM 100.00 deposit dan RM 50.00 yuran kelas bermaksud RM 150.00 untuk bulan yang pertama.
Cawangannya pula ada di Bukit Jalil, Bandar Botanic Klang, Kemuning Utama Shah Alam dan juga Setia Alam. Untuk maklumat lanjut: