![]() |
Sumber dari Google |
Adussss...sakitnya hati jiwa dan raga kalau kenderaan yang kita pandu setiap hari jadi begini...Siapa yang tak sakit hati kan? Kita punya belai, punya belai, punya manja sekali tiba-tiba di atas perbuatan orang lain kenderaan kita jadinya begini. Kalau sendiri buat pun lagi lah sakit yer tak? Nak hantar ke bengkel pasti sudah menelan belanja beratus-ratus. Zaman kos sara hidup semakin tinggi dan nilai mata wang semakin mengecil ni, harus berkira setiap perkara kan? Muahahahaha.... Tipulah kalau ada sesiapa yang mengaku dia tak berkira barang seperkara dua...
Bila kenderaan jadi kemek begini, ini namanya bala bencana ni...Ihikss... Bukannya apa, bala bencana kepada poket...Sebab kena keluarkan perbelanjaan lebih pula secara tiba-tiba. Kalau berduit berkepuk-kepuk tak apalah kannn??? Ini kalau yang sekadar yang ada-ada jer macam "I is" ni... memang sakit jugalah... Kalau si pelaku ada depan mata senang jer nak tuntut yer tak? Kalau si pelaku dah buat lepas tu hilangkan diri bila bukan depan mata kita? Haaa... apa nak cakap??? Telan air liur jer lah...
Sebenarnya ni, Farah nak kongsi sesuatu yang Farah jumpa di YouTube baruuuu jer malam semalam...Agagagaga...Cara mudah untuk membetulkan kenderaan yang mungkin kemek disebabkan oleh apa-apa sahaja sebab tetapi anda tiada bajet untuk menghantar ke bengkel... Kreatif sungguh orang ni... Jujur Farah sendiri tak pernah terfikir punnn.... Bila tengok video ni baru tau... Pakai air panas jer ko.... Tiba-tiba rasa macam menakjubkan jer... "I'm amaze!!!"... Ha ha ha...Cuba tonton...
Tapi "by right" logik jugalah tu kan, sebab di bahagian bawah bumper kereta selalunya menggunakan material ABS, FRP dan PU... Mungkin senang jugalah nak lenturkan kot? Ha ha ha... Guna air panas, lepas tu baiki sikit-sikit bentuknya supaya kembali kepada asal, selesai masalah... Hurmmm...Tengok orang dalam video tu buat macam senang jer...Ha ha ha, kalau jadi pada diri sendiri (mohon dijauhkan), tak taulah mampu ke tidak nak buat macam tu... Agagagaga....