Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Jaga Malam??? Biasalah Tu...

$
0
0

Berjaga malam??? Biasalah tu kann? Bila bergelar ibu atau bapa yang beranak kecil ni, hatta anak dah besar sekalipun, kalau anak tidak sihat tu, kita-kita ni memang tak akan boleh lena nak tidur punya. :-). Ash demam buat kesekian kalinya setelah lama tak demam betul-betul punya demam. Aikkk, demam yang lain tak betul ke? 

Bukanlah macam tu maksud Farah. Maksud Farah adalah demam dengan suhu yang tinggi seperti sewaktu dia kena "fits" dulu. Ho ho ho... Bila Ash demam dengan suhu yang terlalu tinggi, orang yang jadi seriau seseriau seriaunya adalah Mommy dia lah siapa lagi? Sebab jujur diakui masih trauma dengan insiden di bulan Februari 2015 yang lalu. Hu hu hu... Dalam hati memang berdoa banyak-banyak agar insiden itu tidak akan pernah berulang lagi dalam kamus hidup kami anak-beranak. 

Bermula dengan bacaan pertama... 


Bacaan pertama 39.2 pada lebih kurang jam 11.00 malam, memang tindakan segera apa yang patut dilakukan oleh Farah. Basahkan tuala dan tekap di badan serta dahi Ash. Kepala dia terasa bahang sangat. Bahagian perut dan badan juga panas. Tangan dan kaki sejuk macam air batu. Beri makan ubat demam yang memang sedia ada di dalam peti ais yang masih belum sampai tarikh luputnya ok? Dengan harapan suhu badan Ash turun. Nak dimandikan dah malam. Tapi dalam hati, kalau dah terpaksa, mandikan juga ni nanti. 

Ok tak apa, kita sabar dulu... Bacaan kedua diambil pada jam 11.35 malam... 


Alhamdulillah, ada menunjukkan penurunan suhu sedikit. Dalam hati, moga-moga terus turunlah hendaknya suhu panas tu. 

6 jam yang lepas dia muntah. Dan 6 jam yang lepas juga bacaannya menjadi...


37.1... Mengerang dia tidur... Mommy hilang sekejap pun dia mencari. Terpaksa ganti dengan Nek Ma sebab hari ni hari pertama Mommy bekerja semula setelah berehat selama beberapa ketika dari kerja. Tidak boleh tidak, tanggungjawab yang satu ini menanti Farah. Kalau ada pilihan memang tidak mahu meninggalkan dia hari ini. Tapi terpaksa...sebab tu semalam berusaha apa yang boleh untuk menurunkan suhu badan dia. Cuma nak anak cepat sembuh. Macam tulah... 

Penyakit biasa semua ibu-ibu, berat nak tinggalkan anak bila anak tidak sihat. Berat tak berat, tetap perlu bekerja. Tapi kalau teruk sangat dah, memang tak kerjalah kan? Pesanan ditinggalkan supaya memberikan ubat demam setiap 4 jam sekali, dimandikan setiap 2 jam sekali, jangan pakaikan baju tebal kalau boleh biarkan tidak berbaju kalai nak berbaju sangat pakaikan baju lubang-lubang dan semestinya jika keadaan bertambah serius Farah perlu dihubungi tak kira apa pun. Hu hu hu, banyak pesanan khidmat masyarakat tau tak? 

Semestinya sedari 7.00 pagi tadi, setiap sejam Farah telefon bertanyakan keadaan Ash. Di pejabat pun tetap masih pantau. Uhuksss, cepatlah pukul 5.00 petang oiiii... Apasal terasa macam lambat jer jarum tu berputar ek? Wakakaka... Ubat "Voltaren Suppository" tu memang ada jer "standby" dalam peti ais tu, tapi seboleh-boleh kalau tak perlu tak nak sumbat di punggung dia. 

Masih memantau keadaan Ash sehingga kini dan pukul 5.00 petang ni, memang nak terus "shoot" balik dan bawa dia ke klinik kalau tak kebah lagi... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928