Malam semalam punya kes!!! Dahlah diri ini tak berapa nak berani sangat tetapi nak jugaaaa tonton tayangan perdana filem Pontianak Menangis ni bersama dengan rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Rasa-rasa andalah, jika anda menonton trailer filem Pontianak Menangis di dalam video trailer di atas yang dipetik dari YouTube, anda berani tak nak pulang ke rumah melalui satu jalan yang sememangnya tidak banyak kereta dan jalannya sunyi gelap...Muahahaha...
Pontianak Menangis ni sebenarnya adalah sebuah filem yang bergenre seram komedi. Ianya adalah merupakan sebuah filem terbitan pertama Heart N Soul Sdn Bhd yang telah diarahkan oleh seniman saudara Ismail Jejaka FDAM yang lebih dikenali sebagai pemuzik penggesek gergaji di mana bakatnya telah dicungkil dari program "BAKAT" terbitan RTM pada tahun 1979.
Inilah dia pengarahnya seniman saudara Ismail Jejaka... Ok, apakah kisahnya Pontianak Menangis ni?
Sinopsis Pontianak Menangis
Berkisahkan Kampung Selamat yang kerap diganggu oleh pontianak di waktu malam dan setiap hari sering berlaku kecurian harta benda penduduk Kampung Selamat. Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat telah berpakat untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi di atas gangguan yang berlaku setiap hari.
Seorang pemuda yang bergelar Din Kelentong telah memberi cadangan yang kononnya dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari Tanah Jawa yang digelar Raja Paku. Di atas cadangan yang bernas itu, seluruh penduduk Kampung Selamat telah sepakat bersetuju dengan menyokong rancangan Din Kelentong.
Oleh kerana Raja Paku yang diceritakan oleh Din Kelentong itu tidak wujud, maka dia berpakat dengan rakan karibnya "Mat Yeh" untuk menyamar sebagai Raja Paku. Mat Yeh bersetuju dengan cadangan itu sehingga dipercayai oleh semua penduduk Kampung Selamat.
Harapan tinggi penduduk Kampung Selamat mengharapkan Mat Yeh dapat mengusir pontianak. Tetapi lain pula terjadi apabila Mat Yeh telah jatuh cinta pada pontianak itu. Akhirnya segala kejadian yang terjadi di Kampung Selamat telah terbongkar... Semuanya terbongkar...Siapakah dalang yang berbuat onar dalam semua kejadian di Kampung Selamat???
Begitulah kisahnya... nak tau kisah sepenuhnya??? Anda boleh tonton filem ini di pawagam bermula dari 1 Oktober 2015 ini. Menangis tak menangis kita tengok nanti yer? Antara barisan pelakon yang menjayakan filem ini adalah Sally (Indonesia), Bella (Indonesia), Sayuti (Indonesia), Soya, Yassin Senario, Wan Walla, Rahim Sepahtu, Hamdan Senario, Ilya Senario, Joey, Watie Elite dan Sathia.
Alhamdulillah, sampai juga rumah dengan jayanya...Selepas menonton masih berani lagi meneruskan perjalanan pulang ke rumah walaupunnnn dah tengah malam kannn???