![]() |
Source Extracted from Google |
Bila difikir2kan balik, terlalu pentingkan nama, suka untuk dikenali, ketagih untuk sentiasa dipuji...amboiiii bukan main seronok yer "uols"... bila tengok gelagat orang sekeliling, diamkan diri, tengokkan budaya diaorang ni yang suka menghebahkan kehebatan diri... seronok sangat bila dipuji, "inform" lebih ramai orang... "oh aku dipuji, miliki segala2nya..." Sampai bila perhatikan diri sendiri dihanyutkan dengan seronoknya dipuji... apabila ditegur dan dikutuk, waaaaaahhhh bukan main lagi melatah dan meroyannya...Â
"Personally for me" kutukan dan kritikan itulah sebenarnya yang saya harapkan walaupun perit kan? Supaya saya sedar kelemahan diri dan boleh perbaiki diri...saya suka kalau seseorang teman itu mampu untuk menegur saya jika saya melakukan kesilapan... pujian??? tak ke mana...mungkin cukup sekadarnya...x perlu melebih2...takut jika terlalu kemaruk dengan puji2an ni, kita akan menjadi terlalu syok sendiri dan membangga diri mungkin???
Untuk diri saya sendiri, dan kawan2 yang saya sayang... puji2an itu hanya melekakan, apa guna seronok mendengar yang baik2 sahaja... yer memang seronok kalau segala apa yang kita buat diiyakan oleh teman sekeliling, orang sekeliling... tapi apa nilainya andai tiada kejujuran??? bukalah sedikit ruang untuk diri sendiri menerima teguran dan kritikan...ambil yang positif2 sahaja ok??? chillexxx ok???
PUJIAN ITU UJIAN. Jangan kita mudah hanyut dengan pujian orang sekeliling. Ramai yang terpedaya dan kes penipuan berlaku ia bermula dari kata2 pujian. Tidak dinafikan ramai yang suka dipuji kerana ia fitrah manusia. Merasa selesa dan seronok bila dipuji itu biasa, cuma perlu diingat bahawa bila hati mula berbunga, banyak perkara mudah terlepas pandang dan hati mula alpa. Hakikatnya segala puji2an itu adalah milik Allah. Ucaplah Alhamdulillah.
"Kembalikanlah kebaikan semua itu kepada Allah. Pujian itu racun, dengan berlebihannya dia. Allah tempat datang segala kebaikan. Kembalikanlah segala pujian tentang kebaikan itu kepada Dia. Yang paling berhak, ialah Allah."
*Saya tidak kuat, menghadapi ujian pujian itu. Ia bukan urusan mudah. Ia urusan debit kredit kaunter AKHIRAT.