![]() |
Sumber dari Google |
Perkara yang nak jadi di hadapan kita tak boleh nak ramal dan kita tak boleh nak elak serta kita tak boleh nak kata tidak. Bagi ibu-ibu yang bekerja, memang kena bersedia untuk menghadapi situasi sebegini. Antara kerjaya dan juga anak. Nak cuti mungkin dah tak bolehlah kan, kalau-kalau cuti tahunan dah habis lah. Tapi ada satu kemungkinan... Cuti tanpa gaji, muahahaha... Kalau dah terpaksa sangat... Haippp, jangan menipu cuti sakit yer?
Jadi apa lagi pilihan yang ada? Kerja menimbun yang sudah hampir tamat tempoh serta perlu dihantar... Dengan anak tiada siapa yang boleh membantu untuk menjaga sewaktu kita terpaksa pergi bekerja. Alhamdulillah, setakat ini belum pernah lagi "stuck" di dalam situasi ini. Habis-habis tinggi terpaksa minta keizinan majikan jer untuk cuti kecemasan jika benar-benar keadaan mendesak.
Tapi memang ramai ibu-ibu di luar sana yang pernah membawa anak ke pejabat kan?
"Alamak! Macam mana ni? Tiba-tiba pula pengasuh beritahu kena cuti kecemasan. Siapa nak jaga anak?".
Mungkin perkara ini sering terjadi kepada para ibu yang bekerja dan meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. Ada kalanya berhadapan dengan situasi kecemasan di mana pengasuh anda perlu bercuti secara tiba-tiba. Ada ketikanya, anda sendiri atau pasangan tidak boleh mengambil cuti kecemasan secara tiba-tiba dan terpaksa membawa anak-anak ke pejabat.
Bagaimana yer? Menurut sumber di SINI, sebelum membawa anak ke pejabat, ada beberapa tips yang perlu dilakukan...
Beritahu Pihak Atasan Tentang Masalah Anda
Sudah tentu kehadiran anak di pejabat boleh mengganggu suasana kerja dan produktiviti anda. Oleh itu, maklumkan kepada ketua anda bahawa anda terpaksa membawa anak ke pejabat kerana keadaan tidak dapat dielakkan. Beritahu alasan yang munasabah agar bos memahami situasi yang sedang anda hadapi.
Keadaan Yang Kondusif
Pastikan suasana dan persekitaran kerja adalah kondusif untuk membawa anak kecil. Jika boleh suasana pejabat tidak berada dalam keadaan sibuk ketika anda membawa si kecil. Sediakan tempat untuk anak berehat dan membuat aktivitinya sendiri supaya dalam masa yang sama anda boleh bekerja.
Siapkan Aktiviti Untuk Anak
Jangan lupa membawa segala kelengkapan yang diperlukan untuk melekakan anak sepanjang mereka berada di pejabat menunggu anak bekerja. Antara barangan mereka adalah permainan kegemaran, alat tulis, buku mewarna, buku pelekat, tablet (jika ada) dan sebagainya. Biarkan anak sibuk supaya dia tidak bosan menunggu dan boleh mengganggu anda menyelesaikan kerja.
Maklumkan Kepada Anak Situasi Di Pejabat
Berikan sedikit gambaran kepada anak tentang persekitaran di pejabat yang vakal dilawati. Sedikit sebanyaj ia membantu si kecil menyesuaikan diri. Tegaskan yang mereka tidak boleh mengamuk, membuat perangai dan meminta balik sebelum habis waktu bekerja, tidak boleh mengganggu orang lain di pejabat membuat kerja dan membuat bising.
Bawa Bekalan Makanan Yang Cukup
Anak kecil sering mengadu lapar dan suka mengunyah. Oleh itu pastikan anda siapkan bekalan susu dan snek sihat supaya dia tidak merengek secara tiba-tiba meminta makanan dan sebagainya.
Pasti mencabarkan bila membawa anak kecil ke pejabat? Heee... Farah tak ada pengalaman membawa Ash ke pejabat setakat ini, jadi tidak tahu bagaimana situasinya. Kalau boleh tak perlulah Farah bawa kerana Farah rasa seakan tak berapa nak "appropriate" sangat dan jika berlakunya sesuatu rasanya mungkin Farah lebih rela cuti kecemasan atau cuti tanpa gaji jika keadaan terdesak. Hu hu hu... Tapi manalah kita nak tahu kan? Keadaan tidak boleh dijangka....