Kanak-kanak memang cepat jer menghadam dan mengikut apa yang diperhatikan oleh mereka. Nak nak lagi kalau kerap sangat dah melihat apa yang dilakukan oleh orang yang di sekeliling mereka setiap hari. Termasuklah Ash ni ha... Hu hu hu... Dahlah memang dia suka menyakat, mengusik, bergurau dan mengajuk orang. Dush dush dush.
Sekarang ni dah pandai meniru dan mengajuk gaya Mommy dia dan selepas itu dia gelak. Amboiii kemain dia kannn??? Yerlah yerlah nak menghiburkan Mommy katanya. Mommy terima seadanya dan juga tentulah Mommy tak kering gusi tergelak. Bukan Mommy saja, bahkan Atuk dan Nek Ma pun sama.
Anda rasa??? Hadam jerlah wahai Mommy oiiii... Ha ha ha... Itu baru satu... Banyak lagi aksi dia sebenarnya... Ha ha ha... Tak apalah Ash... Ashlah penceria suasana dan hidup Mommy yer tak? Siapa lagi yang nak menyumbang gelak ketawa dan keceriaan serta senyuman di wajah Mommy kalau bukan Ash yer tak? Yer yer... "That's the way I always ask you to pick up your toys... "... Hu hu hu...
Memang pecah perut bergelak ketawa dengan gelagat anak kan?