Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Perbezaan Di Antara "Timing Chain" & "Timing Belt"

$
0
0
Source Extracted from Google
Dah lama tak bercerita tentang "automotive" dan hari ni kita cerita sikitlah ek? Apa yang nak diceritakan? "Occay" sepertimana yang "uols" boleh baca di tajuk entri ini... hari ni kita bercerita pasal kisahnya "timing chain" dan juga "timing belt"... Bagi pakar2 kereta ni memang dah tau dan dah kenallah kan? Tapi bagi yang belum tau lagi? Meh sini cerita sikit... Sama2 kita ambil tahu dan tambah ilmu pengetahuan, jangan sekadar tau lenjan jer kereta tapi pasal kereta apa pun tak tau... sok sok, senang jer orang nak auta kita tentang kereta "or" bila jadi sesuatu pada kereta langsung "jam" tak tau nak buat apa... Kelam kelibut telefon sana telefon sini minta bantuan... (kalau perlu minta bantuan tu mintalah kan...tapi kalau setakat hal2 yang boleh "handle" sendiri usahalah, takkan semua nak bergantung pada orang lain ajer kan??? *_^)

"TIMING CHAIN"

Source Extracted from Google
Bagi mereka2 yang tak pernah nak tengok dan kenal "timing chain"... Gambar kat atas ni adalah "timing chain" yer uols... "Timing chain" adalah jenis rantai yang digunakan pada kenderaan dan "heavyduty". Kebanyakan kenderaan yang menggunakan timing chain kuat dan tahan lasak. "Timing chain" susah putus dan tahan lama. Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. "Timing chain" boleh bertahan sekurang2nya sehingga 400,000 km atau lebih. Bergantung jugaklah macam mana "uols" lenjan kereta kann? *_^. "Timing chain" terletak di dalam enjin, jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Jadi, pastikan cara penjagaan minyak hitam yang betul diikuti. Contoh2 kenderaan yang menggunakan "timing chain" adalah MyVi (Baby Mia "ai"...ahaksss!!! ^_^), Nissan Sentra, Toyota and etc... he he he... cer "uols" Google gak? Akak senaraikan beberapa jer, kalau nak senaraikan semua jenuh ni... 

"TIMING BELT"
Source Extracted from Google
Ha yang kat atas ni pula adalah "timing belt". "Timing belt" ni menggunakan "belt" yang bergigi... "timing belt ni memang digunakan pada banyak jenis kenderaan, apa orang kata "the most common one-lah"... "Timing belt" boleh putus apabila sampai jangka hayatnya, kebiasaannya "timing belt" akan diganti pada 100,000 km atau 80,000 km bergantung kepada keadaan juga dan bergantung kepada macam mana uols lenjan kereta...ihikss... dan keburukkan "timing belt" ni ialah boleh reput dan boleh melompat gigi pada puli macam "shaft" dan menyebabkan "valve" akan bengkok dan enjin perlu dibuat "top overhaul"

Kos menggantikan "timing belt" agak mahal. Jika "uols" menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari "timing belt" Proton Wira. Kebiasaannya "timing belt" tidak memberi apa2 tanda atau "hint" bila nak putus. Tiba2 saja ia boleh putus dengan sendirinya. Sesetengah enjin ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari "timing belt", "uols" jiruskan sedikit air paip pada "timing belt" yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibasahi air tersebut, maka memang "timing belt" wajib diganti dengan segera. Bila "timing belt" putus ia akan melibatkan Ringgit Malaysia yang sangat tinggi "uols" sebab disebabkan oleh "timing belt" tu banyak komponen2 lain dalam enjin akan rosak, patah dan retak.

"So", dari penjelasan di atas tentang "timing chain" dan "timing belt", "hopefully" "uols" dapat sedikit sebanyak pengetahuan dan kenal apa itu "timing chain" dan apa itu "timing belt"... *_^... Nak kata pakar tak adalah, tapi kenal dan tau pun dari pakar2 kereta dan juga pembacaan... Jadi ilmu yang baik adalah untuk dikongsikan? 

"Till then, cheerios!!!"

Credit: HEREand HERE

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.
- See more at: http://www.jagakereta.com/info-penjagaan-kenderaan/penjagaan-enjin-kereta/apa-itu-timing-belt-dan-timing-chain.html#sthash.NNnSDrHJ.dpu

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles