Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928
↧

Bila Anak Sering Mengucapkan "NO"...

$
0
0

"No no no no no"... sedari awal mula bercakap, perkataan "NO"itu adalah salah satu perkataan yang sering dia ucapkan. Jika tidak percaya...ha ha ha, tanyalah kepada rakan-rakan blogger yang agak kerap berjumpa dengan Ash di acara-acara yang melibatkan blogger. Mereka yang terbiasa sudah sering mendengar perkataan itu diucapkan oleh Iman Firash. Perkataan kegemaran dia.

Sewaktu mula-mula dulu memang agak kerap juga pengucapan "NO"itu... Tetapi ianya sudah mula menurun kekerapan sejak akhir-akhir ini. Dalam hati tu, ada juga terfikir, kenapa suka sangat Ash dengan perkataan "NO"... Adakah kerana ianya adalah perkataan yang paling mudah diucapkan ataupun kerana Mommy selalu sahaja menyebut perkataan "NO"pada dia? Itupun boleh jadi faktor juga tu...Ha ha ha... Kannn??? Tak mustahil kannn??? 

Sebagai ibu bapa, kita sebenarnya perlu untuk memahami peringkat negatif seseorang anak kecil. Perkataan "NO"itu kan adalah satu perkataan yang bunyinya membawa maksud tidak, tidak mahu, tidak ingin...satu perkataan untuk menolak atau dalam erti kata lain, maklum balas negatif...He he he...Ada kalanya, dia hanya suka untuk mengatakan tidak kepada apa-apa dan segala-galanya yang anda katakan. 

Kebiasaannya, sepertimana yang Farah baca pada satu artikel baru-baru ini, paparan perkataan "NO"ini adalah di peringkat umur 1 tahun 5 bulan sehingga 3 tahun. Ianya sebenarnya adalah sebahagian daripada proses perkembangan dan tumbesaran anak kecil kerana pada waktu dan ketika ini, mereka telah melihat diri mereka sebagai individu yang berasingan daripada anda. Dah pandai bergerak sendiri kannn??? Macam tulah jadinya...He he he... 

Sumber dari Google
4 Tips Mengatasi "Negativism" Perkataan "NO" Itu

Elakkan Mengatakan Tidak Sebaiknya
Bermula dari diri kita sendiri sebagai ibu bapa, elakkan berkata tidak dan cuba "keep sense of humour" bila berkomunikasi dengan anak-anak. Seringkali kita mengatakan tidak kepada anak-anak kecil kerana bila kita mengatakan tidak kita mahu mereka taat kepada perintah kita dengan tujuan kita ingin melindungi mereka. Di situlah bagaimana anak kecil belajar mengenai maksud kawalan. Tidak adalah tanda kawalan.

Anak kecil boleh mengatakan tidak hanya untuk memberitahu anda yang dia tidak inginkan sesuatu ataupun dia tidak akan melakukan sesuatu walaupun dia benar-benar mungkin maksudkan YA. 

Anda boleh cuba untuk mengatakan tidak secara kreatif tanpa menggunakan perkataan tidak. Daripada "Tidak boleh makan biskut sebelum makan" kepada, "Nanti selepas makan, kita makan biskut ya?"...Haaa gitchewss... 

Menekankan Positiviti Dan Menawarkan Pilihan
Tawarkan anak kecil anda pilihan untuk mengurangkan peluang bagi dia berkata tidak dan membenarkan beliau membuat keputusan dengan sendiri. Di dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan, anda juga boleh memberikan pilihan dengan mengatakan... Jika pilih A nanti kesan dan akibatnya begini, jika pilih B nanti kesan dan akibatnya begitu. Haaa...lebih kurang macam tulah...Di samping-samping tu melatih pemikiran mereka juga untuk berfikir secara rasional. 

Jadilah Seorang Ibu Atau Bapa Yang Fleksibel Bila Berurusan Dengan Anak-Anak
Jadi ibu bapa ni, kena jadi fleksibel, sebagaimana seorang ketua kena menjadi fleksibel di pejabat di dalam memimpin anak buah tanpa mengabaikan ketegasan. Tidak semestinya kita perlu senantiasa menggunakan perkataan tidak, tetapi gunalah perkataan tidak itu dengan cara yang kreatif supaya tidak menjadi ikutan anak-anak. Bila sudah terbiasa, mereka akan faham lenggok bahasa kita, bila kita mengatakan tidak dengan cara kita yang tersendiri. :-).

Jangan Suruh Anak Memilih Apabila Sebenarnya Mereka Benar-Benar Tiada Pilihan
Contohnyalah kannn, waktu tidur tetapi anak masih ingin bermain. Ash-lah ni selalu macam ni, nih...Ihikss... Tapi taklah paksa tidur punnn, cuma beritahu dia... "Ash...jom "sleep"...esok "Mommy" nak "work"... Nanti esok siang main lagi yer dengan Nek Ma?"... 

Macam tulah perkongsian yang dapat Farah kongsikan serba sedikit... Tetapi, jika anak anda sering mengucapkan "NO", kemudiannya sering merasa sedih dan nampak murung... Sila ambil langkah yang seterusnya untuk mendapatkan konsultansi dari PAED...Kemungkinan besar ada sesuatu impak kepada psikologinya dan jangan ambil remeh kerana kita tidak mahu anak kita berada di dalam keadaan sedih dan tertekan buat selamanya... 
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Latest Images

Trending Articles