![]() |
Sumber dari SINI |
Ada yang dah terlintas di hadapan mata ataupun yang sudah membaca berita ini ke? Farah ni baru sahaja terbaca di http://www.dailymail.co.uk/ sebentar tadi, lepas tu terus laju-laju kongsi di Bubblynotes.Com. Bukannya nak jadi minah kepoh tetapi sebagai pengetahuan umum dan peringatan kepada kita semua.
![]() |
Sumber dari SINI |
Kasihan bayi ni, baru jer 3 bulan usianya dan kejadian ini adalah berlaku di China. Lahirnya sempurna, kemudiannya menjadi cacat penglihatan kemudiannya. Bayi ini dikatakan didapati buta sebelah matanya selepas rakan kepada keluarga yang datang menziarah mengambil gambar bayi tersebut dan terlupa menutup "flash" kamera.
Kesan daripada pancaran "flash" kamera itu, doktor mengesahkan bayi malang tersebut mengalami kerosakkan kekal. Ini kerana terkena pancaran "flash" dari jarak 10 inci sahaja. Akibat daripada itu mata kanan bayi ini buta manakala penglihatan mata kiri pula terjejas.
Lebih malang lagi, doktor memberitahu, kerosakan ini adalah kekal dan tidak boleh dirawat menerusi pembedahan. "Flash" kamera yang kuat cahayanya itu telah merosakkan macula iaitu bahagian dalam mata.
![]() |
Sumber dari SINI |
Untuk pengetahuan, macula tidak terbentuk sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun. Ini bermakna mata bayi amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat. Ibu bapanya mula menyedari ada yang tidak kena dengan penglihatan bayi mereka sebaik sahaja gambar tersebut dirakamkan.
Menurut doktor, biarpun bayi menutup mata semasa orang merakamkan gambar mereka dengan "flash" kamera yang kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakkan kekal.
Apa yang berlaku, kita jadikan iktibar dan juga pengajaran. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati ketika hendak merakamkan gambar pertama bayi masing-masing kerana takut ia menyebabkan kemudaratan kepada bayi sendiri. Pada rakan dan juga saudara yang datang menziarah, jangan lupa maklumkan juga. Kalau takut mereka terasa hati, katakan sahaja kita belum bersedia gambar bayi kita dirakamkan.
Kalau nak rakam juga gambar, cari tempat terang dan pastikan "flash" kamera ditutup tau! Jangan sampai kerana keterujaan kita boleh memudaratkan anak kita ataupun bayi orang lain.