Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Menghadapi Sesi Memotong Kuku Anak Yang Sudah Mula Melasak...

$
0
0

Setiap minggu, ini adalah salah satu rutin yang mesti Farah lakukan, iaitu memotong kuku di jari yang comel-comel dan kecil-kecil ini. Sewaktu dalam pantang dulu, Farah akui memang Farah tak pernah potong langsung kuku dia... Tak berani ooooo.... Halus sangattt, takut terkepit daging ke apa ke, kalau luka nanti dah jadi satu hal lain pula. Farah mula mengamalkan rutin memotong kuku Ash secara mingguan bermula dari usia Ash 4 bulan. Waktu tu baru mula-mula berani-berani takut.

Perkara ni rasanya normal bagi semua ibu-ibu baru... bapa-bapa baru... Perasaan takut-takut berani untuk memotong kuku si comel yang memang comel dan halus-halus jarinya. Al-maklumlah, tiada pengalaman memotong kuku si kecil sebelumnya. Memanglah tak berani kan? 

Farah juga pernah kongsikan tentang Cara-Cara Memotong Kuku Bayi di dalam entri Farah dahulu yang bertarikh 24 Januari 2014. Di dalam entri tersebut, Farah sempat berkongsikan tips hasil dari pembacaan Farah untuk pengetahuan bersama. Dan diakui, sememangnya bukan mudah untuk Farah yang pertama kali ini membiasakan diri serta memberanikan diri untuk memotong kuku Iman Ash sewaktu mula-mula dahulu. 

Kuku yang bersih itu juga penting untuk kesihatan serta keselamatan anak-anak kecil. Walaupun bukan mudah untuk memberanikan diri memotong kuku mereka di jari halus itu, tetapi mahu atau tidak adalah amat disarankan kita supaya memastikan kuku anak-anak adalah pendek serta bersih. Bila kuku sudah dipotong makanya risiko untuk tubuh badan anak-anak calar balar akibat kuku yang panjang dapat diminimakan, kuku yang mempunyai kotoran di bawahnya juga tiada dan sekurang-kurangnya nampak kemas serta bersih. 

Ingatkan semakin membesar semakin mudah tugas memotong kuku anak nih... Ha ha ha...Silap perkiraan itu rupa-rupanya, lebih-lebih lagi bila anak sudah mula melasak. Mencabar betul!!! Tetapi itu adalah misi penting dan utama yang perlu diselesaikan. Lasak ke tak lasak ke, susah ke tak susah ke, tetap kena potong juga kuku tu. 

Apa nak buat bila menghadapi situasi yang begini??? Bagaimana untuk mengatasinya??? Bagaimanakah caranya yang dapat dilakukan supaya tugasan memotong kuku itu terlaksana dengan jayanya??? Heeee... Maka dengan ini, sebagai ibu dan juga sebagai bapa, terpaksalah menjadi kreatif di dalam menghadapi situasi ini.

Cara Farah Memotong Kuku Ash Yang Sudah Mula Melasak

Tidak mudah, memang tidak mudah. Jika di rumah dia akan berlari ke sana ke mari. Yang pastinya tidak akan duduk diam setempat dan sangat sukar untuk duduk diam walaupun sesaat. Kadang-kadang jarinya dikeraskan. Kadang-kadang jarinya ditarik dan dia beralih kedudukan dari tempat dia duduk. 

Phewww... Ya ampunnn...Macam mana nih??? 
  • Berikan dia alat permainan yang dia suka supaya dia boleh leka dengan permainan tersebut. Seboleh-bolehnya permainan yang boleh dipegang dengan sebelah tangannya yang kecil itu. Berkomunikasi dengan dia tentang alat permainan tersebut untuk mengalihkan perhatiannya; atau
  • Pasangkan kartun atau rancangan kegemaran dia, supaya dia boleh menumpukan perhatian kepada apa yang diminati olehnya, sambil-sambil berkomunikasi juga dengannya; atau
  • Berikan dia memegang makanan yang boleh dipegang dengan sebelah tangan dan berkomunikasi dengannya tentang makanan yang dimakan; atau
  • Pasangkan tablet untuk alihkan perhatian dia, kemudiannya berkomunikasi dengan dia tentang apa yang ada di tablet tersebut dan buat-buatlah aksi seolah-olah Farah ni teruja sangat dengan apa yang dilakukan atau ditonton.
Begitulah caranya Farah mengendalikan sesi memotong kuku Ash. Kena cepat tetapi teliti. Jangan cepat sehingga tercedera. Sebab semua perkara di atas belum tentu dia akan duduk diam di dalam masa yang lama. Kanak-kanak yang sedang aktif bereksplorasi ni bukannya boleh duduk diam lama-lama sangat. Sekejap sahaja, selepas itu mereka akan mula bergerak kembali. 

Minggu yang lepas, sesi memotong kuku dilakukan ketika di dalam kereta sementara menunggu Nek Ma Ash pergi ke kedai membeli barang sedikit. Teknik yang sama, pasangkan tablet untuk dia tonton kartun kegemaran dia, berikan makanan untuk dia makan dan kita potong! Alhamdulillah, selamat... Hik hik hik... 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan yer tak? Cuma kena jadi kreatif terlebih sedikit jerlah nak menghadapi. Farah pasti bukan Farah seorang sahaja ibu yang menggunakan teknik serta kaedah ini. Ramai ibu-ibu di luar sana yang turut melakunya juga kan??? 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928