Lama dah tak dapat bunga nih... Alih-alih hari Selasa hari tu dapat setangkai bunga tulip kuning yang sememangnya didatangkan khas dari Holland. Alhamdulillah rezeki... Terima kasih Mr.Wijsman... salah seorang yang berpangkat di syarikat Farah bekerja sekarang ini yang asalnya dan pejabatnya memang terletak di Holland nunnnn sana jauh. Nak petik bunga kat Holland memang bila lah kannn??? Memang tak terpetik lah jawabnya. Owhhh Mr.Wijsman ni dah berusia dah punnn...Pangkat ayah ayah dan atuk atuk... Jadi tak ada apa pun yang nak dicurigakan... Ini pemberian bersikap professional dan juga sebagai tanda ucapan terima kasih.
Yang benarnya, ini adalah sebagai tanda membalas budi kepada Farah yang telah menguruskan segala hal penginapan dan juga "airport transfers" beliau saat dari sebelum beliau datang, sehinggalah beliau pulang ke tanah airnya. Tak jangka pun, dan tak sangka pun. Lagipun Farah cuma menjalankan tugas dan ikhlas di dalam melakukannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Macam yang dilihat ianya adalah bunga plastik bukannya bunga sebenar. Dan bukan sahaja bunga yang boleh dijadikan hiasan tetapi juga ianya adalah sebatang pen. Oklah tu bunga plastik, bak kata Aaron Aziz kot kalau Farah tak silap dan ingatan ni masih kuata, di dalam satu drama atau filem lakonan beliau... bunga plastik tak layu... eloklah tu bunga plastik kan??? Rasanya macam petikan dialog di dalam drama Adam & Hawa.
Apa-apa pun terima kasih Mr.Wijsman atas pemberian ini, ada masa umur panjang, In Shaa Allah, kita kan bertemu lagiii.... ^_^