Setiap malam, macam nilah kelakuan dia... Macam nilah macam ni...Sampaikan kadang-kadang Mommy dia memang tidur duduk atas lantai jerr disebabkan nak mengepung dia dan menjaga dia dari terjatuh bergolek ke lantai. Ahaksss...gitchewsss... Tapi memang betul punnn... Iman Ash kalau dah tidur tu berpusing 360 darjah. Ingatkan lasak sewaktu berjaga jer, rupanya dalam tidur pun samaaaa.... Tak ada bezanya... Dan masa dalam perut pun memang asyik bergerak jer...Aktif sungguh!!! Ngee...pengalaman pertama yang memang tak mungkin pernah dilupakan oleh mana-mana ibu di dunia ini sekali pun.
Ada masa dia macam nak mencium dinding. Tilam memang letak rapat ke dinding sebagaimana pesanan Abah Ash. Keliling memang kepung bantal lah. Dah macam buat kubu pun hado. Tapi tu pun bolos juga. Ada masa sampai ke hujung hujung katil dia bergolek tidur. Habis tu??? Ashhhh...Mommy nak tidur celah mana nih??? Itu yang selalu tak jadi nak tidur tu. Bila tak jadi nak tidur, mengemaslah kita, draf entri lah kita. Muahahaha...Haihhh....Macam-macam gaya tidurnya kannn??? Tapi memang regu kami berdua ni.... Ingatkan maknya ajer yang mencipta rekod tidur lasak. Rupa-rupanya, memang kuah tumpah ke nasi... Anak punnnn mengikut sama. Itu satu hal, lagi satunya kalau tidur tu, sama ada kaki ke, tangan ke, suka nauuu dia seluk-seluk sama ada kaki ke tangan ke ke bawah badan kita. Hurmmm... yang ni dah arif sangat dah, dah tau sangat dah. "Trademark" Ash bila tidur...
Cerita tentang Berpusing 360 Darjah & Karakter Tidurni pernah Farah kongsikan dulu di dalam entri Bubblynotes.Com yang bertarikh 28 April 2014. Di dalam entri tersebut bukan sekadar Farah bercerita tentang Ash yang tidur berpusing 360 darjah, tetapi Farah juga ada berkongsi tentang karakter tidur berdasarkan hadis. "Well", ianya bukanlah satu masalah yang merisaukan hati tetapi sekadar bercerita jer...Farah percaya, bukan Ash seorang sahaja kanak-kanak yang tidur lasak kannn??? Ada juga anak-anak kecil di luar sana yang tidur lasak juga. Kiranya perkara ni adalah satu fenomena sejagat di dalam pengalaman keibubapaan kita semua.... Hik hik hik...
Ini kannn, kalau tidur atas katil bujang ni, sah sah tergolek ni kalau gaya macam ni... dan kalau dah gayanya berpusing 360 darjah serta "round the world"... katil bersaiz "king" pun belum tentu boleh selamat nak oiiii... sebab tu cara kita tidur, kita letakkan tilam bersaiz "queen" kita di atas lantai kan kan kan??? Demi keselamatan... manalah tau kot-kot, kalau-kalau Mommy tidur tak sedar diri disebabkan keletihan yang amat ker??? Muahahahaha....
Kesimpulan Pendeknya... Kaedah Farah Mengawal Ash Yang Tidur Lasak???

- Tetap kepung dengan bantal yang banyak di sekeliling...phewww nasib baik memang stok bantal berlambak-lambak di rumah. Walaupun bolos tetapi tetap kepung juga...
- Letakkan sebelah bahagian tilam rapat dengan bahagian dinding.
- Letakkan tilam di atas lantai, bagi mengurangkan risiko terjatuh dari katil yang tinggi.
Itu ajerlah yang mampu dilakukan punnn... Nak letakkan dalam "baby cot" memang tak kan berjayalahhh... Tak beli punnn... Ash mana pernah tidur dalam "baby cot"? Lagipun Ash ni tidur memang nak berpeluk dengan Mommy...Guling guling, golek golek sana sini, lepas tu tiba-tiba tau-tau jer macam dah rasa tangan dia kat leher Farah dan kaki dia kat atas perut Farah... Guling-guling lagi, golek-golek lagi... datang balik... Tak apalah, "at least for us to enjoy the moment for sometime" sekarang ni kannn??? Sok sok kalau dah besar nanti dah mula tidur asing karang, rindu pula...He he he...