Pernah tak rasa rimas yang teramat bila bau tudung yang busuk? Bila pergi tempat-tempat yang banyak menyerap bau macam...
![]() |
Gambar Hiasan Pasar Malam!!! |
Mahupun terdedah kepada asap kenderaan, ataupun bergerak aktif ke sana ke mari kerana berpeluh semuanya mampu membuatkan tudung anda berbau yang kurang enak dan kurang disenangi… Sebagai blogger yang boleh dikatakan agak kerap menghadiri acara-acara di sana sini, Farah bergerak aktif dan sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh mengakibatkan tudung Farah berbau.
![]() |
Gambar Hiasan |
Yang buat bertambah stress bila bau asap rokok daripada sekeliling Farah. Bau tu melekat pada tudung tau! Perkara yang Farah paling tidak suka adalah perkataan berbau!!! Dan juga sekiranya ia berlaku kepada Farah. Oleh sebab itu, Farah amat menitikberatkan "BAU" dari segala aspek di sampik aspek ketrampilan.
Tudung berbau boleh merosakkan segalanya!!! Ianya akan menyebabkan kita berasa hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan orang lain dan merasa tidak selesa. Bayangkan tudung yang berbau dan kemudiannya orang lain menyedarinya??? "It's a no no ok?"… Se-diva mana, sebagus mana pun penampilan kita, sekiranya tudung kita berbau ianya akan merosakkan segalanya. "BAU" itu boleh mengakibatkan orang lain berfikir bahawa kita adalah dari kategori atau golongan orang-orang yang tidak menjaga kebersihan tubuh badan serta pakaian sehinggakan boleh berbau. Jadi kalau berbau, macam mana kita nak rasa #segaryakin?
Sebagai langkah penyelesaian… Farah mengambil langkah yang Farah rasa sangat tepat dan ternyata terbukti berkesan untuk menghilangkan masalah tudung berbau dari wujud!!! Farah menggunakan pelembut fabrik Comfort Ultra Blossom Fresh di dalam setiap rendaman tudung Farah.
Ini kerana pelembut fabrik pekat Comfort Ultra Blossom Fresh memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan. Comfort memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 14 hari dengan hanya separuh sahaja penutup botol. Comfort Ultra dapat melindungi daripada bau yang tidak menyenangkan, bau makanan, pencemaran, asap rokok, peluh dan bau hapak.
Tak perlu menggunakan banyak, hanya tambahkan separuh penutup botol Comfort Ultra dalam rendaman, dan biarkan seketika kemudian bilas dan sidaikan. Comfort mempunyai teknologi NCAP melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh di samping memberikan haruman berpanjangan sehingga 14 hari. Lama tu…
Hasilnya… #segaryakin dengan Comfort!
Kalau rasa-rasa ingin mengelakkan diri dari mengalami masalah-masalah tudung berbau makanan, berbau peluh, berbau asap dan berbau hapak tu, Farah amat sarankan anda untuk mencuba Comfort Ultra Blossom Fresh. Gerenti!!! Tudung anda akan berbau harum sepanjang masa di dalam apa juga keadaan dan orang-orang sekeliling akan berasa bertambah senang dengan anda!!!
Comfort telah menjalin satu partnership dengan Ariani tau untuk memberi pemakai tudung berasa lebih #segaryakin dan tambahkan pengalaman yang awesome untuk pemakainya. Setiap tudung Ariani kini disegarkan dengan keharuman berpanjangan Comfort. Ala, yang macam Bella Dally, duta Ariani pakai tu pun disegarkan dengan Comfort.
Nak nak lagi tudung mahal seperti Ariani kann??? Sayang jika dibiarkan berbau yang tidak enak sebegitu saja… Hilang "exclusivity" jenama itu bila tudung asyik memikat bau-bauan tidak enak.
Comfort dan Ariani telah membuat satu video comel yang lucu, mempamerkan dutanya Bella Dally and Youtuber yang popular, Shazreen Fazlynda selaku terajunya.
Ada berita baik buat semua pelanggan-pelanggan Ariani, kerana anda akan menerima baucar diskaun bernilai RM 20.00 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015.
Selain itu, anda juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5.00 dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara atas talian iaitu melalui laman web, www.eshop.tesco.com.my.
Tunggu apa lagi??? Jaga penampilan, jaga keharuman barulah personaliti terjaga!!! Dapatkan Comfort Ultra anda sekarang dan nikmati tawaran-tawaran hebat oleh Ariani & Comfort!!! #segaryakin