![]() |
Sumber dari Google |
Disebabkan panggilan telefon tengah hari tadi, tiba-tiba kotak pemikiran jadi sesak memikirkan apakah yang sesuai untuk dipakai pada pagi Sabtu nanti...Hik hik hik, biasalah orang perempuan kann??? Sebulan, 2 minggu, seminggu, beberapa hari, malam sebelum hari kejadian, mesti dah sibuk merancang-rancang apa yang nak digayakan pada hari kejadian... Bagi orang lelaki, tak se-"complicated" mana punnn.... Bagi mereka, pakai ajer apa yang ada di dalam almari tu... Iyaaa... memanglah pakai ajer apa yang ada di dalam almari tu, tapi nak pakai yang mana? Padanan yang mana? Ha ha ha.... itulah bezanya wanita dan lelaki... #ehhh tetapi ada juga lelaki yang lebih kurang sama jer dengan wanita ok??? Sibuk dok fikir padanan baju....
Sejak akhir-akhir ni, memang padanan baju menjadi satu masalah pada Farah... Rasa macam dah tak ada baju lagi nak "rotate"...Wakakakaka...Walaupun sebenarnya banyak jer lagi baju di dalam almari tu...Alhamdulillah, tak adalah sampai boleh buka butik, tetapi cukuplah untuk pusingan-pusingan yang sewajarnya...Haippp bukan berlagak atau menunjuk-nunjuk ok??? Tak ada niat punnnn.... Cerita jer cerita jer...Jangan nak silap faham sangatlahh....
Owhh, sambung balik cerita...Ini tengah berfikir ni nak pakai padanan baju apa ni... Nak main belasah jer boleh juga... "daring" sikit kannn??? Haippp... "daring" bukan bermaksud "as in" berpakaian menjolok mata yer... maksudnya melawan arus di sini... Hik hik hik...Ataupun dengan kata lain tak ikut tema... Nak ikut tema, alahaiiii...boleh juga kot??? Tapi kenalah sesuaikan dengan majlis juga.... Sebenarnya bila tiba bab pemakaian ni, ada masa-masa Farah lebih selesa berseluar, tapi kalau dah macam ni gayanya, kena berkain jugalah ni...
Di dalam pemikiran dah nampak satu dah...Tapi nak kena cuba dulu...Wakakaka...Al-maklumlah itu sebelum melahirkan punya, manalah tau kot-kot tak cukup kain ke, atau kain kena makan lipas ke (alasan), atau ho ho ho..."bursting" ke... Kena tengok juga ni... Nantilah tengok macam mana... Yang pastinya...konsepnya ba alif ta ya kaf... batik... Kena cari padanan batik... Kalau macam gambar di atas ni pun ok jugak ni...Ha ha ha... Moga-moga berjumpalah hendaknya apa yang dicari nanti ni dalam almari...
*Tak semestinya perlu beli yang baru, yang lama jika bersesuaian pun nampak ok juga kan??? Lagipun bukan lama sangat nak memakainya...Beberapa jam jer.... - ini sah-sah selesai jer acara, terussss tukar seluar jeans ni.... muahahahaha.... Sebab senang nak "rushing" pula selepas tu ke satu tempat lain pula... #ehh silappp... ambil anak dulu lepas tu baru pergi...