Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

M Cafe By Meesha Sukira | Influenced By Nature Inspired By Culture

$
0
0


Inilah kisah petang Sabtu, 16 Mei 2015 kami di M Cafe By Meesha Sukira, Bukit Damansara. Kisah makan-makan, kisah "get together", kisah "food event", kisah "food review" yang dianjurkan oleh FoodInk Malaysia untuk para blogger. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu kepada pihak FoodInk kerana sudi menjemput Ash dan Farah untuk sesi "food review" pada kali ini. 

Pertama kali, melangkah masuk ke M Cafe by Meesha Sukira ini, apa yang Farah rasakan adalah SELESA.  Suasana di dalam M Cafe by Meesha Sukira ini membuatkan Farah terasa seolah-olah, "I'm home!!!"... Seolah-olah Farah berada di kondominium ataupun "apartment" mewah yang mana hiasan dalamannya adalah berkonsepkan "urban batik" dan kraf... Iyalah konsep kafe dan butik kann??? Memanglah sebegitu... Sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang makanan-makanan, sukalah kiranya nak berkongsi dengan semua supaya dapat mencuci mata di pagi hari dengan dekorasi hiasan dalaman di M Cafe by Meesha Sukira... Mana tau, dapat ilham pula nak mendekorasi rumah sendiri kann??? 


Nampak kemas dan selesa... Seperti terasa berada di rumah sendiri pun yer... 
"Range of craft products" yang terdapat di M Cafe by Meesha Sukira... Tiba-tiba Farah jadi rambang mata pula tengok semua produk-produk kraf yang diperbuat dari daun mengkuang ini... Bukan sekadar kafe biasa untuk makan tetapi juga kafe untuk mencuci mata secara sihat...Ha ha ha... 
Sebenarnya hati berkenannnn sangat pada bantal-bantal 4 segi sama ni yang mana, corak rekaan pada bantal-bantal tersebut adalah "rare" dan lari dari kebiasaan... Ianya menggunakan motif batik dengan warna-warna yang "vibrant"
Disebabkan keselesaan itu, (selit sedikit cerita Ash...ha ha ha...haruslah, susah payah dia ikut Mommy tau tak???), ada seorang kanak-kanak riang itu menganggap M Cafe by Meesha Sukira ini adalah seolah-olah seperti rumah dia... Ke hulu ke hilir, berjalan audit setiap sudut dan kawasan di dalam M Cafe... Kanak-kanak tak reti menipu dan tak reti membohong... Jika tidak selesa mereka akan menunjukkan reaksi ketidakselesaan, jika selesa mereka akan dengan riang-rianya bergelak ketawa dan aktif. Lihatlah sahaja, gelagat dan reaksi Ash... 

Seperti biasa, ajak Mommy bermain permainan kegemaran dia... "hide and seek" di balik sofa... Hu hu hu... 
Kemudiannya, seperti ragam biasa di rumah, bermain di pintu... 
Jalan-jalan audit kawasan sekitar di dalam M Cafe...Ash nak tengoklah kann, apa yang kurang, apa yang menarik... Dah kata Ash kena buat "review"...He he he...
Kalau tak nak makan di dalam, nak makan berkonsepkan "open air" pun boleh... .

Ok-ok, dah habis dah bawa "uolss" jalan-jalan kawasan sekitar M Cafe ni, sekarang tiba ke bahagian di mana, Farah sukalah kiranya nak berkongsi dengan anda makanan-makanan yang terdapat di M Cafe by Meesha Sukira ni... Nampak tak nampak tak, beria Farah makan di dalam gambar di atas. Sedap ke??? Apa yang ditawarkan di M Cafe by Meesha Sukira ni??? Coppp!!! Nak beritahu sesuatu dulu sebelum berkongsi menu-menu yang terdapat di M Cafe ni... Seindah tempatnya, seselesa tempat, seindah itu jugalah makanannya yer... Haruslah sepadan, haruslah seimbang... Barulah umphhh!!! kannn??? Jom Farah bawa anda menggembara apa yang ditawarkan di M Cafe...

Asam Pedas Ikan Pari
Daging Masak Hitam
Sambal Terung... Yang ini memang walla dan memang "marvellous"!!! Farah suka yang ini!!! 
Sambal Udang Petai...Baru jer hari sebelumnya teringin dan terfikir dah lama tak masak Sambal Udang Petai...Alhamdulillah, tak perlu susah payah pergi mencari di mana nak membeli petai, dapat juga makan di M Cafe dan memang puas hati dapat makan dengan rasa petai yang ranggup dan sambal yang cukup rasa serba serbinya...
Lemak Cili Api Udang bersama Rebung yang pekat, likat dan cukup semua rasa... Warna pun dah "inviting"...Sebagaimana yang anda lihat di dalam gambar ini seperti itu jugalah rupanya pada hari kejadian... Lemak Cili Api memang banyak dan ada di mana-mana tetapi nak dapat yang pekat dan likat sebegini kuahnya memang agak payah...Betul tak??? Tetapi di M Cafe anda akan dapat Lemak Cili Api yang kualiti begini... 
Sambal Sotong yang menjadi rebutan semua... He he he... Kalau dah jadi rebutan tu, faham-faham ajerlah yer... 
Ini adalah "specialty" mereka di M Cafe by Meesha Sukira...pertama kali Farah berjumpa menu ini, kalau anda pernah terjumpa Farah tak taulah kann??? Tapi memang bagi Farah ini adalah sesuatu yang baru... Sambal Ikan Epal... Sambal ikan yang dimakan bersama epal... Rasanya memang sedapppp!!! Tak pernah terfikir oiiii, selama ini makan Sambal Ikan macam tu jer dengan nasi dan makan epal dengan sos Thousand Island jer yang nyumehhh.... Memang langsung tak pernah terfikir sebenarnya epal hijau boleh digandingkan dengan Sambal Ikan... Ha ha ha... Mesti anda pun pelik kannn??? Macam mana pula Sambal Ikan dimakan bersama epal hijau... Meh tunjuk cara makannya... Kita buat demo sikit yer... 

Mula-mula kita ambil Sambal Ikan yang berkenaan dan letakkan di atas epal hijau yang telah dipotong-potong seperti biasa.... 
Kemudiannn... kita perahkan asam limau ke atas Sambal Ikan tersebut dan ngap...krup krup krup... Sekali masuk ke mulut dan kunyah memang lepas tu nak lagi... Alhamdulillah, menu "specialty" ini boleh diterima tekak dan perut dan tiada sebarang masalah pun bila Farah makan ni Sabtu lepas... Ash??? Ekekekeke...dia makan epal hijau jer cukup... Sambal Ikan tak boleh... 
Ini tak menghingat ni, boleh jadi "signature dish" di M Cafe by Meesha Sukira... Sebabnya... Farah paling teramat suka yang ini... Apa-apa salted egg dilumurkan dengan apa-apa jenis bahan masakan seperti udang, ayam...Memanglah sedap kannnn??? Ini adalah Fried Salted Egg Chicken... Sampai hari ni masih terbayang-bayang bagaimana rasanya dalam mulut ni bila dikunyah ok??? 
Hainanese Chicken Chop
Beehoon Goreng yang ohsem!!! Rasa puas hati makan dan rasa tak cukup sepinggan... Ha ha ha... Nasib baik perut dah ambil tu sikit, ambil ni sikit, dan kena berpada-pada makan, kalau tidak mahu habis berpinggan-pinggan makanan yang dihidangkan ni... Errrr...tapi cakap jer lebih...Tak habis pun sebenarnya... Farah jenis makan yang itu sikit, yang ini sikit...Ha ha ha... Kenalah beringat kannn??? Kalau tak nak badan tembun... Ha ha ha... 
Makan-makan di M Cafe By Meesha Sukira memang terbaik!!! HALAL dan sememangnya memuaskan hati bagi mereka yang mencari kepuasan yang berbaloi dengan ringgit yang dilaburkan untuk makan, kenyang dan sedap. Dari 10 bintang, "rating" yang Farah berikan adalah 8.5 bintang / 10 bintang.


Dan inilah barisan blogger yang terdiri daripada pelbagai "niche" yang mana rata-ratanya baru pertama kali Farah jumpa dan Farah kenal secara realiti. Yang paling terkejutnya ada di antara mereka adalah pembaca Bubblynotes.Com dan saat Farah melangkah masuk, perkataan pertama yang keluar... "Hi, Ash..."... Adehh.... Ouchhh, it's hurt...Muahahahaha... Salah seorang darinya adalah Scha Nazri... Tak sangka dapat berjumpa di sini yer??? Ha ha ha, apa pula tak sangkanya, biasalah tu, dunia blog, lari kot mana pun... satu hari pasti berjumpa juga jika ada rezekinya... Ibarat, ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu juga... Ecewahhh, berbidalan pula kita yer...


Dan inilah buah hati pengarang jantung yang melengkapkan hidup Mommy dan setia menemani Mommy ke mana-mana sahaja...Hew hew hew... Sayanggg Ash...Dan "thank you" sayang Mommy kerana sentiasa memahami dan sentiasa menceriakan hari-hari Mommy... Juga sentiasa "behave well" ketika menemani... Ikut hari lah kann??? Kalau ada hari angin tak berapa nak elok...Haaa tu dia, siaplah berperang... Kanak-kanak seusia ini ada kalanya kita tak boleh nak jangka angin mereka...

Untuk yang telah tertarik dan hati tertarik-tarik nak mencuba makanan di M Cafe by Meesha Sukira ni, di sini Farah kongsikan peta lokasi M Cafe by Meesha Sukira untuk panduan anda semua...


M Cafe by Meesha Sukira
47, Jalan Medan Setia 1
Plaza Damansara
Bukit Damansara 
Kuala Lumpur

No. Telefon:
03 | 2095 | 9088

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu
10.00 pagi sehingga 10.00 malam
Ahad
Tutup

KHAS UNTUK BULAN RAMADHAN YANG AKAN MENJELANG TIDAK LAMA LAGI... M CAFE BY MEESHA SUKIRA AKAN MENGADAKAN BUFFET RAMADHAN YANG BERMULA DARI HARGA RM 39++ YANG MANA APA YANG MENARIKNYA... BAYAR UNTUK BUFFET RAMADHAN, MAKAN UNTUK BERBUKA, ANDA MAHU KE MASJID ATAU SURAU BERDEKATAN MENUNAIKAN SOLAT ATAUPUN SOLAT TARAWIH...BOLEH KEMBALI SEMULA KE M CAFE BY MEESHA SUKIRA DAN SAMBUNG KEMBALI MAKAN SEHINGGA MEREKA TUTUP...DENGAN HANYA SEKALI BAYARAN SAHAJA!!! Errr...esoknya bayar harga yang barulah yer??? 

Untuk Maklumat Lanjut:



*Agak lewat hari ini kerana sibuk dengan program besar minggu ini di pejabat...Dah tak cukup-cukup nafas dah ni... Nama "event"nya... Deep Dive... tapi yang Farah rasa... Deep Die... Muahahahaha... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928