Hari ni, Farah nak mengomel sedikit tentang rasa tidak puas hati yang amat sangat terhadap seorang jutawan yang identiti serta namanya dirahsiakan buat masa dan ketika ini kerana secara tiba-tiba jutawan yang dimaksudkan ini telah melakukan satu tawaran yang tidak masuk akal di mana jutawan ini telah menawarkan wang sejumlah RM 1,000,000 semata-mata untuk membeli hak cipta kepada resipi telur goreng!!! “Uolss” rasa apa???
Telur goreng kan resipi universal??? Semua manusia di muka bumi ini yang pernah memasak, tidak boleh tidak… sekali di dalam seumur hidup pasti akan menggoreng telur!!! Tidak kira sama ada di dalam negara atau di luar negara, di mana-mana sahaja semua orang akan menggoreng telur. Huh… Sakit pula hati kita ni wakkk… Tiba-tiba datang pula jutawan ni nak beli hak cipta resipi telur goreng. Telur goreng jer punnn… Takkanlah sampai nak beli hak cipta segala bagai… Disebabkan resipi telur goreng ini katanya ada bahan rahsia,dengan tidak semena-mena jutawan ini nak peroleh hak cipta kepada resipi telur.
Farah kurang pasti sama ada “uolss” ada mendengar berita atau terlihat berita tentang perkara ini di surat khabar ataupun di media sosial, tetapi inilah yang benar-benar berlaku pada ketika ini. Pada ketika ini, jutawan tersebut telahpun memajukan tawaran beliau dan sedang menunggu pengesahan dari pihak berkuasa yang terlibat. Alahaiiii, habislah habislah… kalau resipi telur goreng yang satu ini mempunyai hak cipta, bermakna kita-kita ni semua tidak boleh sesuka hati menggoreng telur yer kawan-kawan…Kalau tidak, silap-silap mahu kita kena saman!!! Agak macam melampau tak??? Hanya disebabkan kerana menggoreng telur kita kena saman???
Bukan hanya Farah yang tidak berpuas hati tentang perkara ini… Ramai pihak yang juga tidak berpuas hati dengan perkara ini… Terutama ibu-ibulah kan? Sebab menggoreng telur tu adalah salah satu menu masakan semasa yang agak kerap dimasak…lebih-lebih lagi bila ada suami dan anak-anak yang sangat gemarkan telur goreng. Haihhh… Ketidakpuasanhati serta protes ini, kami bawa sehingga ke aktiviti berpiket tau tak? Baru-baru ini Farah berserta ibu-ibu yang lain telahpun menghadiri satu piket membantah serta membangkang tindakan pembelian hak cipta telur goreng ini di ibu pejabat salah sebuah syarikat media terkemuka di tanah air. Kami merasakan, tindakan menawarkan pembelian hak cipta resipi telur goreng oleh jutawan ini adalah sangat keterlaluan kerana bagi Farah secara peribadinya sebagai seorang ibu ianya mengekang nikmat memasak yang mudah dan sesungguhnya ia memang tidak harus dibenarkan.
Tak taulah bagaimana keputusan pihak berkuasa tentang penawaran yang dilakukan oleh jutawan ini. Dikatakan bahawasanya keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan pada 15 Mei 2015di Kompleks Membeli-Belah 1 Utama… Silalah bersedia yer dengan berita yang bakal diumumkan nanti… Sila ambil perhatian yang teliti, sebab manalah tahu jika-jika jutawan itu berjaya memiliki hak cipta resipi telur goreng yang ditawarkan…kita-kita ni semua sesiapa sahaja sudah tidak boleh sesuka hati menggoreng telur ok? Sebab resipi tu adalah hak jutawan tu…