Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Harga RON 95 & Diesel Naik 20 Sen!!!

$
0
0

Rata2 trending di social networks semalam, tak kiralah sama ada FB, Twitter, blogs so on and so forth semuanya berbicara mengenai harga RON 95 & Diesel naik 20 sen!!! Dan, saya dah macam mamarazzi la pulak kan? Gi snap2 sana, snap2 sini malam tadi masa balik dari kerja... Ini semua hasil pemerhatian saya di petrol station tak kiralah sama ada di PJ ke, Shah Alam ke, Shah Alam 2 ke... Semuanya sama!!! Kenderaan2 membanjiri petrol station dan semacam pesta pun ada juga... Tapi disebabkan imagination saya ni terlebih tinggi sikit, dok membayangkan macam seolah2 darurat or dalam cerita World War Z pulak... 

Semuanya gara2 harga petrol yang naik...


Harga minyak petrol RON 95 dan Diesel telah dinaikkan 20 sen seliter berkuatkuasa 12 tengah malam semalam. 

Ketika mengumumkannya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata kenaikan itu adalah sebahagian langkah rasionalisasi subsidi bahan api oleh Kerajaan yang membabitkan peruntukkan berjumlah RM24.8 bilion tahun ini.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menambah lagi subsidi sebanyak 20 sen itu bermaksud Kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON 95 dan 80 sen seliter untuk Diesel.

Disebabkan berita itu, berpusu2lah kenderaan menuju ke petrol station untuk fill up tank masing2 bagi penuh kan??? Hurmm... seperti yang kita semua selalu dengar, baca or mention... Life goes on... what to do? Dah mereka decide nak naikkan harga petrol, hidup masih perlu diteruskan, kelangsungan hidup masih perlu diteruskan... kita masih perlu pergi bekerja, anak2 masih perlu pergi ke sekolah, dan dalam kehidupan sehari2 kita masih perlu bergerak ke sana ke mari atas urusan masing2...Nak tak nak, kita masih perlukan petrol untuk diisi kepada kenderaan kita untuk bergerak kan?  Naik macam mana sekali pun, tetap terpaksa diterima dan ditelan...walaupun poket akan semakin terasa perit... 

Bagi kita, rakyat biasa ni terpaksalah bekerja keras dan kos untuk petrol pun akan meningkat sikit...naik lagi personal budget for petrol... terpaksalah buat rebudgeting kan? No choice... Even if the price hiked up but then they know it won't be a big impact on them as people still needs to fill up their petrol in order to get on the move... Keperluan kan? Cumanya, bila petrol dah mula naik, lepas ni akan dituruti pula dengan barang2 lain... Gas akan naik...itu akan naik, ini akan naik... Pheww...segalanya naik...apa yang turun??? dan apa lagi yang naik??? Agak2 gaji kita2 ni semua naik tak??? Especially those yang on private sector... (macam ai!)...bukan apa...private sector ni nak naik gaji setahun sekali... lepas appraisal.... kalau untung sabut timbul, kalau untung batu tenggelam... kalau setimpal dengan all the hard works and effort.... sedaplah sikit kan? tapi kalau setakat 2% or less than 5% a year... Trust me it won't make any big difference.... I think it's time for the respective bodies and authorities to review and revise keseluruhan tangga2 gaji di Malaysia ni... earnings more than 3K a month, tak bermakna hidup senang... lagi besar periuk, lagi banyak keraknya...

*Snap2 gambar tu bukannya nak gi isi minyak pun, minyak dalam tank still penuh...saja nak tinjau2 keadaan...ahaksss...dah macam reporter x bertauliah pun ada rasanya... Tapi kan betterhalf ada discuss on this issue dengan saya semalam...katanya, dok berpusu2 gi isi minyak sebab nak kejar harga minyak sedia ada, sok2 sama juga jalannya... bila minyak tu dah berkurang still kena isi juga kan? So actually it doesn't make any difference...We still have to live with it...Cumanya untuk malam semalam sebelum pukul 12 jer lah untuk menikmati harga sedia ada tu.... hurmmm.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles