Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Jarak Yang Ideal Bagi Kelahiran Anak

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Source Extracted from Google
Yang 1 ni pun masih dalam fasa2 kehamilan dan menunggu saat tibanya hari kelahiran tetiba kannn? Sibuk duk baca tentang jarak ideal bagi kelahiran anak.... Ihikss..planning ke? Of course lah hidup ni mesti ada planning.. Kalau diizinkan Allah SWT for sure nak preggy lagi... Dan for sure nak tambah anak... Bak kata betterhalf, kalau dibiarkan sorang jer, nanti tak berkawan pulak dia, sian dia...In Shaa Allah... Segalanya dengan izin Allah SWT...Kalau ada rezeki, Alhamdulillah, tapi kalau ditakdirkan memang sorang jer macam mummy dia... Kita terima dengan seadanya, redha dan ikhlas... Allah Maha Mengetahui segala baik buruk sesuatu itu... Betul tak? Siapalah kita untuk say and assume this and that... 

Entri kali ni bukannya luahan perasaan, tapi sekadar perkongsian pendapat dan juga pandangan dari pembacaan tulisan maya Dr. Zubaidi Hj Ahmad  dan entri kali ini mungkin lebih panjang dari kebiasaan... ^_^... Siapa yang malas nak membaca tu, x payah teruskan tiada paksaan... sekadar berkongsi sahaja... Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad...

Institut Alan Guttmacher di Amerika Syarikat mencadangkan ibu2 supaya jarak anak pertama dan kedua ialah 30 bulan. Ini berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Journal of the America Medical Association, jarak masa untuk hamil semula kurang dari 18 bulan selalunya menyebabkan bayi kedua dilahirkan akan lahir pramatang (premature), dan kurang berat badan.

Ini kerana ibu yang baru hamil memerlukan masa untuk rehat dari stress dan kekurangan makanan, rehat dan tidur semasa kehamilan kali pertama. Faktor seperti ketahanan tubuh wanita yang semakin berkurangan apabila memasuki umur 35 tahun juga perlu diambil kira.

Begitu juga kajian yang dijalankan oleh University of California di San Francisco mendapati jarak masa yang sesuai bagi menjarakkan anak ialah antara 24 hingga 35 bulan. Bayi yang dilahirkan pada jarak masa kurang 24 bulan didapati mempunyai kurang berat badan. 

Jadi apa sebenarnya yang mempengaruhi pembesaran anak yang sempurna dan masa yang sesuai untuk menambah bilangan anak?

Umur Anak Uols Sekarang?
Seperti yang dinyatakan bahawa ramai doktor di US mencadangkan agar jarak antara anak pertama dan kedua ialah 30 bulan bagi ibubapa memberikan tumpuan kasih sayang dalam membesar dan mengembangkan potensi anaknya. Di samping itu, memberikan masa untuk seorang ibu berehat dan mengembalikan kesihatannya.

Keadaan Kesihatan/Fizikal Anak Uols Sekarang?
Jika pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental anak uols yang sekarang tidak memuaskan dan memerlukan perhatian yang khusus, tentunya agak sukar untuk mempunyai seorang lagi bayi kecil yang memerlukan banyak tumpuan perhatian. Tunggulah sehingga anak uols sekarang mampu untuk berdikari agar kita mampu memberikan perhatian pada seorang anak dalam satu masa.

Umur Ibu Bapa Sekarang? 
Umur ibu bapa adalah faktor yang penting sebelum memikirkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, terutamanya wanita yang bakal hamil dan diharapkan menjaga bayi itu. Jika umur wanita itu sudah 38 tahun, maka tiada peluang untuk menjarakkan anaknya sehingga 3 tahun. Tentunya wanita itu tidak punya masa yang banyak untuk menanti anak kedua. Tetapi kalau wanita itu berumur 30 tahun ke bawah, dan tidak mempunyai masalah perubatan yang menyukarkan dirinya hamil, sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Jadi berbincanglah dengan suami atau isteri mengenai perancangan masa tua.

Gaya Hidup Sekarang?
Menambah seorang lagi anak akan mengubah gaya hidup kita. Isu siapa yang akan menjaga anak kecil itu di samping siapa yang akan berjaga malam dan membuatkan susu adalah isu yang harus difikirkan. Jika ibubapanya berkerjaya, tentulah seorang pengasuh diperlukan untuk membantu menjaga bayi yang baru lahir itu. Dan bagaimana pula dengan 'masa bersama' isteri atau suami? Ingatlah bahawa bayi yang bakal dilahirkan akan merubah rutin hidup kita. Pastikan kita mempunyai masa dan tenaga untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan.

Keadaan Kewangan Sekarang?
Mungkin kita berpegang pada falsafah 'wang bukan segalanya', tetapi realitinya kita memerlukan wang untuk membesarkan anak dan keluarga. Bayangkan seorang bayi memerlukan sebanyak RM120 sebulan untuk susu formula dan RM200 untuk lampin pakai buangnya. Ini bermakna secara asasnya sebanyak RM320 sebulan dan RM3840 setahun. Bagaimana pula dengan ubat2an dan vaksinnya jika ibubapa tidak sempat ke Pusat Kesihatan Kerajaan? Jika kedua2 ibu bapa bekerja, perlu pula menggajikan seorang pengasuh yang dibayar antara RM200-300 sebulan. Oleh itu, jika mahu menambahkan ahli keluarga haruslah menimbangkannya dan sama2 berbincang. Duduk berbincang. Mungkin ambil masa beberapa hari. Pastikan kedua2 setuju setelah meneliti isu2 yang berkaitan.  

Apa2 pun bagi saya, from my personal point of view, anak tu rezeki dari Allah SWT. Sekiranya Allah nak bagi, pasti ada jalannya. Tapi jadi parents ni nak kena kerja kuatlah ye tak? Dan pastikan segala keperluan bagi anak2 tu cukup... And I believe semua parents kat luar sana nak yang terbaik untuk hidup anak2 mereka dan juga hidup mereka... Dan bila dah buat keputusan untuk tambah anak tu pastinya parents2 kat luar sana dah bersedia untuk memikul tanggungjawab serta amanah Allah yang lebih dari kebiasaan dan bersedia untuk segala kemungkinan. Tak ada parents yang nak sia2kan anak2 mereka... serta permata hati mereka... Semua nakkan yang terbaik...Tapi kalau ada tu tak taulah nak cakap... Itu dah masuk kategori lain dah tu... Nak dapatkan anak bukannya senang jadi kenalah jaga dengan sebaiknya ye tak? Janganlah disia2kan hidup mereka. Kalau kuantiti nak banyak, kualiti pun kenalah tinggi jugak ye tak? Biar seiring... Bukan untuk kepentingan diri kita tapi untuk kepentingan masa depan anak2 tu sendiri... 

Wallahualam... Yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk tu datang dari diri kita sendiri sebagai manusia...  
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles