Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Strolling By The Beach @ Night...

$
0
0

Bukan selalu yer tak? Bukan selalu dapat jalan-jalan ambil angin malam tepi pantai... Ahakss... makanya, selepas "dinner" malam semalam, Farah dan salah seorang "colleague" Farah iaitu Saniah, ambil kesempatan yang ada untuk merasa pasir pantai dan air masin di Port Dickson ni. Eleh, macam ler tak pernah jejak Port Dickson kan? Pernah jer, cuma jarak waktu tu dah terlalu jauh dah... Sepanjang Ash lahir, tak jejak dah Port Dickson dan belum pernah bawa Ash ke sini lagi. In Shaa Allah, ada rezeki sampailah Ash ke sini... Nanti Mommy bawa ek???

Rindu pada anak tu tak usah dicakaplah kan? Mana pernah berpisah walau semalam pun... Kerap telefon dan bercakap dengan dia juga. Malam semalam, dia mencari... dalam pukul 9 lebih macam tu, Nek Ma dia hantar laporan mengatakan bahawa dia berdiri sahaja di hadapan pintu "sliding"... Mulut asyik sebut Mommy, Mommy... Alahai anak... 

Lepas pada tu konon-konon nak ketenangan dan cuba memujuk hati... ecehwahhh... selesai jer "dinner" terus salin pakaian dan keluar dari bilik "chalet" untuk ambil angin malam... Nak sabarkan hati lettew... Ekekekeke... Jalan-jalan di persisiran pantai "uolss"... Tapi ingatan yang kuat pada anak tak pernah hilang... 

Tu yang jadinya, sampai konon-konon simbol kasih sayang dan rindu, guna ranting kayu menconteng pasir pantai. Ha ha ha... romantik tak "I is"? Inilah percintaan anak dan ibu kaedahnya... Err tu jer nak cerita... borak borak kosong...

Daaa.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles