Salam siaran secara langsung dari Hentian Nilai... Sedang berhenti untuk sarapan pagi dan juga tugasan kedua "teambuilding"... Tentang tugasan tu Farah akan kongsikan di dalam entri yang lain. ^_*...
Ceritanya, hari ini seawal 4 pagi, Farah telahpun siap untuk bergerak ke "office" untuk menyertai acara "teambuilding" syarikat yang Farah bekerja buat masa sekarang ini. Sedari semalam Iman Ash meragam yang luar biasa. Seakan-akan tau yang dia bakal ditinggalkan hari ini. Tidur berdakap tidak lepas dari Mommy. Dan ternyata sewaktu Farah nak bergerak meninggalkan Iman Ash, dia menangis kaw kaw punya dan peluk leher Farah dengan sekuat-kuatnya tidak mahu lepas. Allahu... Mommy yang cuba kuat pun boleh jadi tidak kuat... Merah dan teresak-esak dia menangis... Tiba-tiba atas sifat keibuan yang kuat, bergenang air mata...
Pesan kakak-kakak dan kawan-kawan di Kelab Blogger Ben Ashaari ... "let go" dan jangan rasa berat hati... sebab anak boleh merasa hati ibu... Itu yang Farah cuba lakukan pada waktu dan ketika ini... Untuk "chill", "calm" dan "relax"... Moga-moga Ash tenang di rumah... Sekejap lagi memang nak telefon Ash pun... Abah Ash kata... Alahaiii kesiannya anak Abah... Tak apalah semalam jer pun kan???
Sungguh bagai dikata seperti di dalam entri sebelum ini, Farah memang bawa baju yang Iman Ash pakai semalam yang sengaja Farah tidak basuh malam tadi sebagai pengubat rindu... Ada jer ni dalam beg tangan... kepit ke sana ke mari "uolss"... Ahaksss ini anak yang "over" ke, atau Mommy yang "over"???
Tak apalah... sebagai Mommy Farah doa banyak-banyak supaya keadaan Ash ok dan tidak mencari sangat... Hurmm kesian dia...
Ok... daaa "for now gotta go for next pit stop for next programme and task"...