Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Anak Keluarkan Kepala Dari Tingkap Kereta???

$
0
0
Sumber dari Facebook Komuniti Keibubapaan Malaysia
Terlebih dahulu, Farah ingin memohon maaf sekiranya entri ini membangkitkan sensitiviti di kalangan ibu bapa di luar sana yang mungkin marah dengan apa yang Farah ingin ungkapkan di dalam entri ini, tetapi sebenarnya perkara ini memang sering Farah lihat di atas jalan raya sewaktu memandu dan ada kalanya timbul perasaan marah dalam diri sendiri. Hu hu hu... Tidaklah katakan hari-hari Farah saksikan situasi sebegini, tetapi terutamanya di hujung minggu sewaktu Farah memandu, Farah ada terlihat anak-anak kecil mengeluarkan kepala dari tingkap kereta dan ibu bapa buat seakan-akan endah tidak endah sahaja dengan perlakuan anak-anak mereka.

Kita tidak tahu apa sebenarnya keadaan di dalam kereta yang dipandu serta dinaiki oleh keluarga itu kan? Kemungkinan ibu bapa ada menegur tetapi anak-anak yang tidak mahu mendengar kata dan tetap mengeluarkan kepala mereka dari tingkap kereta. Dan kemungkinan juga boleh jadi, ibu bapa tidak kisah pun dengan perlakuan anak yang sebegitu. 

Banyak bahayanya pada pandangan peribadi Farah sekiranya kita membiarkan anak-anak bermain dengan tingkap kereta tidak kira sama ada sewaktu kereta sedang dipandu di atas jalan raya ataupun kereta berhenti dengan enjin yang berjalan. Rasanya majoriti atau umum dapat mengagak apakah yang Farah cuba nyatakan di sini kan?

Apabila Kereta Sedang Dipandu Di Atas Jalan Raya
Ketika kereta sedang dipandu di atas jalan raya, sekiranya anak-anak mengeluarkan kepala mereka dari tingkap kereta, terdapat kemungkinan risiko di mana, motosikal yang lalu tidak terperasan dan melanggar kepala anak-anak... Ini tidak pernah lagi Farah dengar kes-kes seumpama ini, tetapi risiko tetap ada dan ianya boleh berlaku. Sekiranya perlahan, mungkin mengakibatkan kecederaan yang kita tidak tahu ringan ataupun berat. Sekiranya laju, mungkin boleh melibatkan maut atau kecederaan serius. Bukan sekadar motosikal sahaja risikonya, kenderaan-kenderaan lain juga mungkin boleh menjadi punca ataupun sebab.

Ketika perkara ini berlaku, anak-anak boleh jadi hilang keseimbangan badan kerana ada sesetengah keadaan di mana, bukan sekadar kepala yang dikeluarkan tetapi hampir separuh daripada badan dikeluarkan... bila anak-anak kehilangan keseimbangan mungkin mereka boleh terkeluar dari kereta dan bayangkan sesuatu yang tidak sanggup dibayangkan...anak-anak terkeluar dari kereta, kemudian jatuh ke jalan raya dan dilanggar atau digilis oleh keadaan lain yang sedang bergerak di atas jalan raya...Sanggup ke? "Ok, I know that my imagination sometimes is too much...but it is necessary though... please think about it..."... 

Apabila Kereta Berhenti, Enjin Terpasang Sama Ada Di Kawasan Letak Kereta Ataupun Di Lampu Trafik
Perkara di atas yang dinyatakan tadi mungkin juga boleh berlaku di dalam keadaan ini... dan ada seperkara lagi seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas. 
Anak meninggal dunia tersangkut pada cermin tingkap kereta. Ayah pergi ke kedai meninggalkan anak di dalam kereta. Anak menjenguk ke luar tingkap kereta, kaki terpijak "button" cermin tingkap dan cermin tingkap naik ke atas. Anak tercekik dan meninggal dunia di situ.
Allahu, sanggupkah kita berhadapan dengan situasi sesal tak sudah sebegini... Keselamatan anak-anak sentiasa berisiko dan tugas kita sebagai ibu bapa untuk meminimakan risiko-risiko yang ada yang "we could foresee... a parent should be able to forecast and foresee things that are upcomings and it is not wrong for parents to see negativity in each aspects of life just to ensure the safety of their childrens...ain't it? that's me... always thinking of the risk that could happen..."... 

Jadikan apa yang kita lihat sebagai pengajaran dan peringatan buat diri kita, bukannya untuk menjatuhkan orang lain yer... Farah bukanlah ingin menjatuhkan sesiapa tetapi sekadar sesuatu yang datang melintas di pemikiran Farah dan rasanya tidak salah jika di dalam mengingatkan diri sendiri Farah juga mengingatkan ibu bapa yang lain di luar sana... Jom sama-sama kita menjaga keselamatan anak-anak kita dan meminimakan sebaik mungkin risiko yang ada agar tidak ada kejadian-kejadian yang tidak diingini dari berlaku... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles