Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Jangan Panaskan Susu Berulang Kali!!!

$
0
0
Sumber dari Google
Sebenarnya entri perkongsian ini lebih kepada ibu-ibu yang menyusukan anak-anak comel mereka dengan penyusuan susu ibu. Untuk yang meminum susu formula boleh rujuk kepada entri Berapa Lama Susu Formula Boleh Bertahan???yer... Tetapi kalau sekadar membaca untuk penambahan ilmu pun tidak salah, mana tahu selepas ini bakal menyusukan anak-anak kecil dengan susu ibu pula kan? Manalah tau kot-kot dapat "baby" baru... Anak yang ada sekarang ini, mungkin rezekinya hanya terhad di satu-satu masa sahaja menyusu melalui kaedah penyusuan susu ibu...anak yang akan datang? Mungkin sepenuhnya penyusuan susu ibu secara eksklusif??? Kita tidak akan pernah tahu kan perancangan dan rezeki yang bakal Allah SWT beri... 

Tidak dinafikan bahawasanya susu ibu adalah sangat istimewa dari segi khasiat, penggunaan, penghasilan, penyimpanan dan bermacam perkara lagi. Bagi yang tidak ada rezeki untuk menyusukan anak melalui kaedah penyusuan susu ibu janganlah merasa rendah diri dan kecil hati bila membaca entri ini. Farah pun sama... muahahaha...rezekinya sehingga habis tempoh berpantang sahaja. "Chill" ok? "Think positive"... Kalau ada cakap-cakap belakang atau yang mengecam tu, "ignore please???". Orang lain tidak tahu apa masalah kita ok? Hanya kita yang melalui yang faham dan tahu keadaan yang sebenar... Ok... sambung kembali...

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, setiap titis susu ibu tersebut amatlah berharga. Apatah lagi sekiranya ibu menyusu adalah wanita bekerjaya yang perlu mengepam susu untuk dibuat stok susu perahan buat anak-anak kecil. Maka setiap titis yang dihasilkan perlu disimpan dan tidak boleh dipersiakan. 

Mungkin bagi ibu-ibu yang baru pertama kali menyusukan anak akan timbul persoalan bolehkan susu ibu perahan yang dibekukan dipanaskan berulang kali untuk diberi kepada bayi??? 

Menurut sumber di SINI ... kadang-kala bayi tidak habis minum susu perahan di dalam botol susu semasa di bawah penjagaan pengasuh. Oleh kerana berasa sayang dengan baki susu tersebut, ada yang menyimpan semula di dalam peti sejuk dan memanaskan kembali apabila bayi menangis hendak susu.

Jawapannya TIDAK BOLEH!!! Perlu diingatkan bahawa susu ibu mengandungi nutrien penting untuk bayi  termasuk antibodi dan sel-sel hidup yang lain. Kesemua sel tersebut akan mati apabila dipanaskan melebihi suhu yang tinggi. 

Jika nutrien tersebut sudah tiada maka bayi yang minum susu ibu itu tidak akan mendapat khasiat yang sepatutnya diperoleh oleh bayi menyusu susu ibu secara eksklusif. Jangan terkejut sekiranya anak anda mudah terkena jangkitan dan sebagainya. Bukan salah susu ibu tetapi cara pengendalian stok susu ibu yang salah telah merosakkan kesemua nutriennya. 

Oleh itu, sekiranya ibu berhadapan dengan situasi di mana susu ibu (susu ibu beku yang sudah dicairkan terlebih dahulu dalam peti sejuk) sudah dipanaskan tetapi bayi tidak mahu menyusu kerana masih kenyang, atau susu ibu hanya diminum separuh sahaja oleh bayi maka ibu hanya perlu membiarkan susu tersebut di dalam suhu bilik. Susu tersebut tahan dalam masa sejam dari waktu ia dipanaskan.

Jika dalam masa sejam susu masih lagi tidak habis diminum oleh bayi, buangkan sahaja ia. Tidak perlu berasa terkilan atau sayang dengan susu tersebut kerana ibu perlu lebih sayangkan perut anak yang mungkin terkena jangkitan sekiranya dipaksa menghabiskan susu yang kemungkinan sudah terdedah dengan bakteria dari mulut bayi sendiri. 

Susu ibu yang sudah dipanaskan atau lebihan susu yang tidak habis diminum oleh bayi, tidak boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan semula!!! 

Semoga perkongsian ini bermanfaat yer??? 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles