Borak-borak kosong dengan Nek Ma Ash semalam... Nek Ma kata bukan tak beri Ash bebas bermain di luar rumah di kawasan "porch" sewaktu Mommy dia bekerja, tetapi cuaca di kawasan taman perumahan Farah terlalu terik dari seawal 10.30 pagi berlarutan sehingga ke petang. Hurmm... memang iya pun... kawasan taman perumahan kami ni panasnya teriknya semacam. Kalau jemur kain tu tak ada masalah untuk kering dengan cepat, lewat angkat jemuran sedikit pun kain baju boleh jadi garing, warna pakaian akan mudah luntur. Jadinya kalau menjemur itu, kena angkat cepat-cepat ikut "timing" kalau dah kering... Dan cukuplah kalau berjemur seketika kulit akan menjadi gelap.
Dalam borak-borak itu terselit "hint" permintaan untuk ubahsuai "porch" rumah supaya berbumbung dari Nek Ma Ash... muahahaha... Memang Farah tak pernah ubahsuai kawasan hadapan rumah pun, Farah cuma mengubahsuai dalaman sahaja. Aduyaiii... dah ada permintaan dah tu. Memang terlintas di dalam hati tentang projek ubahsuai "porch" rumah ni... Dan yang berada di dalam kotak pemikiran...
![]() |
Sumber dari Google |
Nak lakukan sebegini... ^_^... cuma modalnya sahaja belum ada lagi... Kalau nak buat, bagi Farah haruslah buat betul-betul supaya puas hati kan? Sebab nak tinggalnya lama... dan biarlah kepuasan melihat keadaan rumah sendiri itu datang. Kalau tidak, Farah rasa ibarat macam terkilan pun ada? Ha ha ha... boleh macam tu?
Kalau nak cepat tu, boleh jer... tapi buat jenis yang begini lah...
![]() |
Sumber dari Google |
Boleh... tapiii Farah kurang gemar... haaa macam mana tu? Buat sementara? Tak mahulah, nanti nak buat yang lain melibatkan kos lagi... Hu hu hu... Makanya, baik tunggu dulu sampai dana betul-betul ada, kemudian baru mulakan projek pengubahsuaian "porch" tu... Nak tunggu sampai bila? In Shaa Allah ada rezekinya tu nanti...Ash dengan Nek Ma bersabarlah yer untuk seketika... In Shaa Allah, bukan dalam waktu terdekat tetapi bukan juga dalam tempoh masa yang sangat jauh. Beri ruang dan peluang Farah selesaikan satu persatu yang perlu diselesaikan dahulu.
Jika rezeki itu ada, pastinya tidak ke mana yer tak? ^_*
Jika rezeki itu ada, pastinya tidak ke mana yer tak? ^_*