Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Ayam Sambal Kari...

$
0
0

Demi memenuhi permintaan rakan-rakan...ecehwahhh, macamlah ramai permintaannya kann??? Diri ini tiba-tiba "divert" dari meng-"update" cerita lain kepada cerita ini...Cerita masak-masak...Ekekekeeke...Bukanlah nak kata diri ini hebat benar memasak...Farah ni memasak ikut "trial and error" dan Farah suka olah-olah resipi yang Farah rasakan masuk akal... Kalau yang pelik-pelik tu tak pula setakat ni... Belum lagilah... Ok ok...Nak dijadikan cerita ini bekalan Farah pada hari ini... Masakan yang paling ringkas yang paling mudah yang Farah rasa mengikut kemampuan kesihatan dan keadaan diri Farah untuk masak di pagi-pagi Subuh tadi... Seawal pukul 4.00 pagi dah krong kreng krong kreng di dapur... Nasiblahhh anak teruna Farah tak terjaga...Kalau tidak satu apa pun tak jadi...Bila masak pagi-pagi ni kena bersopan santun sikit...Tak boleh nak pung pang pung pang sangat kat dapur tu...Segalanya kena lemah gemalai ok??? Kalau tidak Ash jaga!!!! Ha ha ha...Nanti tak sempat nak bersiap, sendiri padan muka... #ehhh tak apa, Nek Ma Ash ada tolong tengok-tengokkan Ash sementara diri ini masak memasak untuk bekalan Atuk Ash dan untuk bekalan diri sendiri ke pejabat. Mujur ada Nek Ma Ash... 

Tengah hari tadi, inilah bekalan yang ringkas... satu lauk sahaja... sayur tak ada... bak kata Farah di dalam "posting" di Instagram dan juga Facebook tadi... Makanlah daun kari tu sebagai sayur...anggapkan daun kari itu sayur...Boleh??? Agagagagaga... Macam Farah kata tadi, Farah tidaklah pandai memasak sehingga tahap MasterChef gitchewsss....sampai nak mengaku pada satu dunia yang Farah ni masak paling sedap paling enak...tak berani cakap besar ooo...takut-takut jadi riak dan takbur... Adehhh...tapiiii... atas permintaan rakan-rakan...sukalah kiranya Farah berkongsi Ayam Sambal Kari ni... ^_*

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
1 inci halia (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
2 tangkai / pelepah daun kari - dilurut daunnya dan batang buang ok? ekekekeke...manalah tau kot-kot ada yang masukkan batang sekali??? gurau-gurau....jangan marah ok?
5 sudu rempah kari
6 atau 7 sudu makan cili kering yang dah dikisar - rempah kari dicampur air dan digaul selepas itu masukkan cili kering kisar dan gaul sampai sebati)
Garam
Serbuk perasa / gula (bagi yang tidak memakai serbuk perasa)

Cara-Cara:
1. Mula-mula sila goreng ayam terlebih dahulu.
2. Selepas siap, letakkan ke tepi dahulu seketika di dalam satu bekas.
3. Tumis bahan-bahan hirisan iaitu halia, bawang putih, bawang merah tadi sampai naik bau dan kuning keemasan.
4. Masukkan rempah kari yang sudah digaul bersama cili kering kisar, tunggu sehingga kering sedikit dan keluar minyak.
5. Letakkan garam secukup rasa, jangan banyak sangat ok??? Nanti masin kena darah tinggi... 
6. Letakkan serbuk perasa ataupun gula
7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul dalam kuali itu sampai sebati dan rata.
8. Lepas tu biarkan seketika sampai masak, angkat dan ikut suka kalau nak buat "plating" kot mana pun... 

Begitulah seadanya resipinya... harap-harap Farah telah dapat memenuhi permintaan rakan-rakan seadanya... Sebenarnya dulu Farah pernah kongsikan entri atau resipi yang hampir sama di dalam entri Ayam Goreng Kari!!!  Cuma pada kali ini, hari ini olahannya Farah tidak memasukkan kicap di dalam resipi masakan ini... 

Seringkas masakannya, seringkas itu juga namanya...tak ada nak "extravaganza" sangat namanya...lagipun Farah kan amatur...Ngeh ngeh ngeh.... Kalau yang minta resipi tu dah cuba, silalah kongsi-kongsikan masakan anda pula... Nak juga tengok dan terima maklum balas macam mana kannn??? Tapi malulah sebenarnya kongsi resepi ni dengan "uolss"...sebab Farah bukan pakar masakan, tetapi memasak itu satu hobiiii... 

*Kalau Ash tak bam-bam juga tak taulah nak cakap...tapi "cutting body" Ash memang "cutting" comel jerrr... dia makan banyak mana punnn, badan takat tu jer... tapiii kannn makan banyak perut jadi muncitttt...ahaksss...macam malam tadi...kekenyangan betul dia.... makan nasi lauk kegemaran dia... ayam masak sos tomato... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles