![]() |
Sumber dari Google |
Ada sesetengah pihak yang berpendapat kerjaya sebagai pembantu peribadi ataupun setiausaha adalah satu kerja yang sangat-sangat mudah dan sangat-sangat senang. Dan ada sesetengah pihak yang berpendapat, kerjaya sebagai pembantu peribadi ataupun setiausaha mempunyai banyak waktu, ruang dan peluang untuk berehat...dan bersenggang dan bersenang-lenang... "Skeptical thinking" biasalah tu kannn??? Amboiii, bukan main lagi label kerja sebagai pembantu peribadi ataupun setiausaha ni senang ek??? Ha ha ha, cuba duduk sehari dua hari tiga hari dan kendalikan tugasan yang menanti di hadapan...Bukan sekadar tugasan terancang tetapi juga tugasan "ad-hoc"... cuba rasai pengalaman itu terlebih dahulu, selepas itu sila nyatakan sama ada anda "surrender" ataupun anda boleh bertahan seperti pembantu peribadi dan setiausaha lain.
Orang Yang Paling Hampir Dan Paling Dekat Dengan "Boss"
Orang kata bila dah paling hampir dan paling dekat, adalah yang paling "boss" sayang... Bha ha ha...Sayanggggg...memang sayanggggg...ekekekeke...tetapi dalam sayang-sayang tu, awas!!! Bila angin "boss" sampai, hatta bukan kesalahan dari pembantu peribadi ataupun setiausaha sekalipun, ataupun memang angin "boss" tu tak elok, "moody"...orang yang pertama sekali akan kena atau jadi "punching bag" adalah pembantu peribadi ataupun setiausaha. Tetapi tak semua "boss" macam tulah...ada juga "boss" yang sangattttt baik hati dan sangat "understanding"... Orang kata untung sabut timbul, untung batu tenggelam, tengok "boss" yang macam mana "uolss" dapat.
Bukan Sekadar Ambil Minit Mesyuarat, Susun Jadual, "Book Flight, Hotel"
Stereotype sangat tau tak??? Pembantu peribadi atau setiausaha zaman ni, dah tak sama dah macam pembantu peribadi atau setiausaha zaman-zaman dulu... bukan menghina yer, tetapi betul... bukan tugas pembantu peribadi atau setiausaha semata-mata ambil minit mesyuarat, susun jadual, mesyuarat, "book flight, hotel"...bukan menaip surat semata-mata dan boleh "control" ayu dan bajet diva di "workstation" semata-mata ok? Kannn dalam cerita Melayu, drama Melayu, selalu tonjolkan jawatan ini yang jadinya diva-diva, yang memang ala-ala ratu cantik lagak gayanya... Ohoiiii, silap sama sekali silap.
Pembantu peribadi atau setiausaha zaman sekarang ada yang berurusan dengan supplier, ada yang berurusan dengan kontraktor, ada yang berurusan dengan pekerja-pekerja, ada yang menguruskan keadaan persekitaran tempat, ada yang turun naik "plant", ada yang "raise purchase requisition, good receipt notes", ada yang jadi "event manager" uruskan setiap majlis dan acara... itu rosak cari pembantu peribadi, cari setiausaha, ini rosak, ini tersepit, susu habis...bha ha ha, semua cari pembantu peribadi dan setiausaha...Uruskan orang-orang, uruskan pejabat, urusan "cleaner"... ko rasa??? Berbaloi tak gaji pembantu peribadi atau setiausaha tu memang tinggi??? Ko rasa??? Kerja pembantu peribadi atau setiausaha tu mudah sangat??? Banyak masa sangat??? Dengan "boss" lagi nak jaga... buat "claim", ikut pergi sana, ikut pergi sini, "workload" lain yang tiba atas meja...uruskan dokumen untuk "boss" tandatangan, buat penambahbaikkan, audit lagi... Ada pembantu tadbir sedap jugak...ha ha ha, kena semua "by your own"??? Perghh lepas tu "budgeting", "costing"... Kalau tak "fit" kerja 2 hari tak sampai seminggu dah angkat bendera putih, dah cuti sakit, dah masuk hospital...ekekekeke...Nak siapkan "presentation slide" lagi...
Jadi jangan nak pandang yang kerja sebagai pembantu peribadi atau setiausaha ni senang yer??? Kalau yang betul-betul senang tu, memang bertuah dan beruntunglah... Ada yang jadi pembantu peribadi / setiausaha ni nak pergi tandas buang air pun tak sempat tau tak??? Nak makan tengah hari pun tak sempat...
Pernah dululah Farah melawak... masa di tempat kerja lama... "housewife at work"...sebab bila "visitor" datang, kena bancuh kopi, sediakan kopi, hidangkan kopi dah macam "tea lady" pun ado... Kann kebanyakkan daripada syarikat nak jimat kos... "multitasker"...wakakakaka... Nak tak nak, termasuk dalam skop kerja pembantu peribadi atau setiausaha. Yang beruntung sikit tu, bila mesin capuccino, espresso dah siap-siap ada dalam "pantry"... perghhh, tip top, memang kojo sonang yo... ihiksss...
Di rumah, jaga rumah, uruskan rumah, uruskan rumahtangga dan anak-anak, di pejabat jadi mak-mak pada semua orang...ha ha ha... Memang "hot spot workstation" tu dan memang "hot item and wanted" di pejabat... La la la la... Pergi kerja uruskan pejabat... Balik kerja uruskan rumah... "Office Manager" dan "House Manager"...
Sebenarnya susah nak terangkan bagaimanakah kepenatan mental, kepenatan fizikal, tentang kerja sebagai pembantu peribadi atau setiausaha ni, cuma kalau anda melalui anda akan faham... Memang bukan kerja yang mudah dan memang disebabkan itu, skala gaji itu haruslah diminta sewaktu memohon kerja dengan kadar yang setanding... Macam orang kata, jaga anak ni memang letih memang penat...tetapi kita tak rasa semua tu... sebab anak itu penyejuk jiwa dan amanah Allah SWT... begitu juga dengan setiap bidang kerjaya yang kita pilih... kalau kita minat kalau kita seronok, kita tak rasa penat tu...weeeee....
Habis tu??? Motiff bebel panjang-panjang... tak ada apa, cuma nak terangkan, kerja pembantu peribadi / setiausaha ni bukan kerja yang senang...bukannya kerja goyang kaki... melainkan pembantu peribadi atau setiausaha itu sendiri yang nak goyang kaki...Muahahahaha...