Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Hanya Melalui Tablet Sahaja...

$
0
0

Gambar dari entri lama yang diulangpakai di dalam Bubblynotes.Com... disebabkan kesuntukkan waktu menyentuh papan kekunci di skrin sesentuh tablet ini sewaktu selesainya solat Asar dan berhenti seketika untuk "update" entri apa yang patut...Di mana ada ruang, di mana ada kesempatan, digunakan dengan sebaiknya... Blogger "Part-Time" memang macam nilah resamnya kalau mahu konsisten... terpaksa mencuri ruang dan peluang yang ada... ha ha ha...selagi ada ruang, selagi ada peluang, selagi ada celah-celah waktu dan masa, selagi itu cuba diisi dengan men-draf entri yang seterusnya agar blog tidak terus sunyi sepi...Kenapa perlu bersusah payah??? Kerana Farah minat... Farah serius, bukannya main-main...biarlah sesiapa nak kecam apa pun, biarlah sesiapa nak kata Farah "gila blog" ke apa ke... kerana Farah sememangnya minat dengan penulisan, asalkan kerja-kerja hakiki tidak terjejas dan Farah mampu mengaturcara waktu supaya tidak mencuri waktu yang tidak sepatutnya...Itu sudah cukup bagi Farah... 

Kalau ditanya dengan sejujur-jujurnya apa yang Farah suka, apa yang Farah minat... sehingga ke saat ini bidang pengaturcaraan majlis tetap di hati Farah...walaupun pengalaman menguruskan majlis menguruskan pameran-pameran sudah berlalu, tetapi minat itu tetap terpahat di hati... dan minat Farah yang lagi satu, adalah menulis... Diri ini pernah bermimpi untuk menjadi jurnalis, tetapi bukannya penulis sastera yer...Ihikss... Sastera Farah sendiri tidak mahir ok...Oleh itu ayat yang metafora-metafora klasik itu, Farah tak pandai nak gulung-gulung supaya jadi bunga-bunga... #ehhh...ini dah cerita apa ni... 

Ada satu rahsia nak cerita ni... hu hu hu... bukan nak minta simpati bukan nak minta kesian bukan nak minta sesiapa tolong...muahahaha...saja borak-borak kosong di waktu petang-petang ni... Nak tau tak? Yang Farah sudah terlalu lama tidak menaip entri dengan menggunakan papan kekunci di "laptop" ataupun "netbook"??? Sejak Ash lahir sehinggalah ke saat ini, semua entri-entri Farah ditaip menggunakan papan kekunci skrin sesentuh di tablet Farah yang di atas ini sahaja...JUJUR... bukannya cerita yang direka-reka... Ini sahajalah sumber Farah, ini sahajalah yang Farah ada... Farah adalah seorang blogger yang tidak lengkap dengan gajet seperti blogger-blogger lain walaupun hati ini teringin... Hu hu hu... (macam sedih sangat pulakkk ayat ini)... Sejak Ini... Mommy Nak Marah Ke Tak Marah Ni???, memang tiada gantinya... hua hua hua... Belum berkemampuan lagi nak mengganti anak oiiii... Banyak lagi perkara-perkara penting yang perlu diselesaikan... 

Kebenarannya, Farah berblog tidaklah lengkap kamera DSLR, tidaklah mempunyai GoPro, tidaklah mempunyai "laptop"/"netbook" yang canggih manggih, tidaklah mempunyai "dekstop PC"... hanya melalui tablet sahaja, hanya mengharapkan tablet semata-mata... Motif cerita??? Tadi kan kata, saja borak-borak kosong, bukan nak meminta simpati punn, bukan nak menceritakan bagaiman kesiannya diri ini... Jangan silap faham pula...Iyalah, manusia ini kadang-kadang terlalu mudah membuat konklusi dan mengandaikan dengan andaian sendiri... Tapi kalau dah macam tu, tak boleh nak buat apa pun... telan ajer ler...Ha ha ha... 

Kadang-kadang tu, bila tengok blogger-blogger lain berblog dengan semuanya lengkap, teringinnnn juga.... tetapi belum rezeki Farah lagi untuk sebegitu...Tidak apa... Dalam hati Farah tak ada sifat cemburu, dengki atau iri hati punn... Sungguh...Itu rezeki masing-masing...Cumanya mungkin rezeki Farah belum sampai lagi...Kalau tak ada rezeki untuk itu, dan selama-lamanya berblog sebegini pun tak apa... Asalkan masih boleh terus berblog dan melaksanakan tugas-tugas blog yang diamanahkan... Selesai tanggungjawab dan amanah, diri menjadi lega, kalau selagi tidak selesai, selagi itulahhhh.... Farah rasa tak tenang...walaupun ini hanyalah sampingan...kerja tetap kerja kan? Bila ada kerja terpaksalah diselesaikan... 

Errr...tu jer ceritanya, rahsianya... yang nak bebel-bebel borak-borak kosong petang-petang ini...ha ha ha... tak ada yang lain... Tiba-tiba rasa nak membebel macam ni pula... Kalau tanya impian tu, memang tinggi melangit...Nak ada "laptop" kembali, nak ada Sony Xperia Z3, nak ada GoPro, nak ada DSLR... Kemainn kannn??? Tapi, kita hidup di alam nyata...dan dalam keadaan sedar, harus sedar kemampuan diri sehingga ke setakat mana gitchewss... Belum rezekinya lagi... Untuk ada semua itu, memerlukan belanja yang besar...Ha ha ha, makanya kenalah mengumpul sedikit demi sedikit...Dah cukup esok-esok, barulah dapatkan...Jangan kesian pada Farah ok? Ini cuma bercerita... Ahakss macamlah ada orang yang nak kesian pada "I is" ni kannn??? Hingat ko sorang??? Kat luar tu ramai jer yang lagi susah dan lagi tidak berkemampuan... Jangan nak "over" sangat meluah-luah ni... La la la la... 

Tak apa, tak apa, duniawi, ihikss... mungkin Allah SWT merancang yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan... Perancangan Allah SWT itu yang terbaik... Jadi yakinlah pada Allah SWT... Dan tolong jangan silap faham pula...entri ni bukan mengeluh nasib, bukan merungut, bukan tidak bersyukur ataupun mengadu domba tentang keadaan diri... Ini sekadar bercerita...borak-borak kosong... 

Oklah, sebelum melalut lebih panjang... baik berhenti di sini jer...Daaa.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles