Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Solusinya Adalah ASTRO PVR + Wifi...

$
0
0
Sumber dari Google
Atuk Ash nak tonton bola... Ash nak tonton Timmy Time, Clubhouse Disney, Dibo The Gift Dragon, Hi5... Nek Ma Ash dan Mommy nak tonton Isteri Separuh Masa... Tapi kebanyakkan pada masanya Atuk Ash "conquer remote"... dan terpaksalah kami menonton bola walaupun Mommy Ash tak minat kann??? Kesudahannya... memang tak tontonlah televisyen pun... Hu hu hu... 

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, mungkin Ash dah hilang tahap kesabaran beliau kot...Kui kui kui... Dengan selamba sahaja, dia ambil "remote" dari tangan Atuk dia dan dengan selamba dia dengan gaya dan aksi macam pandai sangat tukar saluran ASTRO tu... tekan-tekan yang entah apa-apa... Dush dush dush... Bukan ke saluran kartun... Ha ha ha...lain perginya...Bila tak dapat saluran yang dikehendaki... "Tantrum"... Nampak macam tak berebut secara kasar...ha ha ha... Tapi berebut secara halus kaedahnya... Lepas tu nanti... Mommy dan Nek Ma akan suarakan rasa tidak puas hati kepada Atuk Ash... Kenyataannya... "Alaaaa... Papa ni asyik-asyik bola, asyik-asyik bola... nak tengok...dot dot dot"... Ha ha ha... "2/3 against 1".... 

Tak terfikir pun nak bertukar dari Beyond ke PVR... Tetapiiii.... minggu lepas Farah telah dihubungi oleh pihak pemasaran ASTRO yang menawarkan penukaran dekoder dan perkhidmatan daripada Beyond kepada PVR... Pada mulanya malas nak tukar-tukar ni... Ha ha ha, takut-takut "costing" bertambah pula... Dahlah nak jimat sempena GST ni... Errrr... cukup bulan depan bil ASTRO adalah tambahan 6% GST juga kan??? Ekekekeke...Nak lari kot celah mana punn.... Tapi, bila wakil pihak ASTRO tu maklumkan bahawa tiada perubahan kepada pakej sedia ada, harga pun masih sama sebab pakej sekarang yang Farah langgan ni, mereka tengah lakukan promosi... jumlah bayaran pakej yang Farah sekarang ni dimasukkan sekali dengan yuran PVR. Maknanya, menjadi pelanggan PVR tanpa perlu membayar apa-apa...kontrak selama 2 tahun...Kalau tidak penalti..."Ok, fine..."... 

Fikir punya fikir, berjaya pula wakil pemasaran ASTRO tu meracun Farah yer? Ha ha ha... Tak adalah... mestilah fikir dulu sambil-sambil dia bercakap di telefon...Mengenangkan masing-masing ada pilihan saluran masing-masing dan ada yang sentap ("I is" lettew...ha ha ha)...bila tak dapat tengok saluran dan rancangan yang diinginkan pada setiap masa kerana "remote" dikawal oleh Atuk Ash yang setiap hari tengok bolaaaaaaaa ajerrrr... Huwaaaaa.... Tak apa... ini bukan mengata Atuk Ash belakang-belakang...Depan Atuk Ash pun kami beritahu perkara yang sama... Hu hu hu... Makanya, Farah ambil keputusan untuk menukar servis ASTRO kami kepada PVR daripada Beyond. 

Selepas ini, dah tak perlu nak berebut dan sentap-sentap lagi dahh.... Rekod ajer...Mudah kerja... Bila ada masa, boleh tonton... Jadi taklah berebut kan? Beli televisyen lagi satu dan langgan ASTRO kedua? Hurmmm...tak ada dalam rancangan dan tidak perlu rasanya...cukup dengan satu sahaja... Televisyen memang ada lagi satu di atas tetapi jarang kot guna...Itupun rasa membazir sahaja... Bukan Farah belilah punnn.... Televisyen lama dari rumah lama dulu sebelum berpindah... Hu hu hu... 

Moga-moga keputusan Farah ni betullah ek? Ha ha ha... Macam keputusan apa jer...Sebabnya tak nak sesi perebutan saluran meruncing... La la la la... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928