Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Ash & Mommy Di Majalah Pa&Ma Keluaran April 2015

$
0
0

Kali pertama Ash & Mommy di Majalah Pa&Ma adalah pada keluaran Mac 2015 di muka surat 50. Di dalam keluaran tersebut, tajuk artikel Farah adalah berbunyi Lakukan Aktiviti Akademik Bersama. Intipati kandungan entri tersebut adalah berkisar tentang kepentingan aktiviti-aktiviti akademik kepada anak kecil dan juga serba sedikit perkongsian jurnal aktiviti-aktiviti akademik yang Farah lakukan bersama-sama Ash sejak kelahiran Ash. 

Seperti yang pernah Farah maklumkan dahulu, di dalam entri yang lepas, tidak terlintas niat di hati untuk menunjuk-nunjuk ataupun berbangga diri ataupun riak. Sungguh...tetapi sekadar berkongsi kegembiraan Farah di atas kesudian pihak editorial Majalah Pa&Ma terutama Fatin yang telah bersusah-payah menghubungi Farah untuk menjemput Farah bagi menyumbangkan artikel-artikel yang tidak seberapa di majalah mereka. Terima kasih Karangkraf, terima kasih Majalah Pa&Ma kerana sudi menjemput Farah untuk menyentuhkan jejari yang pendek-pendek ini, sekadar di tablet demi menyiapkan artikel yang diperlukan bagi memenuhi ruangan Diari Blogger selama 2 bulan ini.

Alhamdulillah, syukran Ya Allah di atas peluang yang telah diberikan, syukran Ya Allah kerana telah berjaya melengkapkan tugasan yang diberikan. Sekali lagi, ingin Farah tegaskan bukan bersifat mengejar populariti yang menjadi asas persetujuan Farah menyumbangkan artikel-artikel di Majalah Pa&Ma, tetapi minat serta kepuasan. Farah masih berpijak di bumi yang nyata bahawasanya diri ini bukanlah sudah cukup hebat, popular ataupun artis di dalam dunia blog. Farah cumalah seorang blogger biasa di dalam dunia blog. Masih terlalu banyak perkara yang perlu Farah faham, pelajari serta perbaiki. Masih panjang perjalanan serta cabaran dalam dunia blog yang ada pasang surutnya yang perlu Farah tempuh. 

Sekali lagi juga Farah tegaskan, untuk berbangga diri memang teramatlah jauh sekali, perkataan berbangga diri untuk menunjukkan diri hebat itu sekali-kali tidak ada di dalam kamus hidup Farah.


Apakah ceritanya artikel yang kedua yang disumbangkan oleh Farah di Majalah Pa&Ma untuk keluaran April 2015 ini? Beri Peluang Riadah Untuk Anak... kalau nak baca lebih lanjut kenalah beli kan??? Kalau cerita kan sini, tak seronoklah jadinya nanti...Hik hik hik... Kalau nak tahu, sila dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran bagi bulan April 2015 yer??? 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles