Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Orang Perempuan Bila Dah Kesiangan...

Pertama kalinya di tahun 2015 ini, rekod telah dipecahkan bila mana Farah kesiangan hari ini...Hik hik hik... Tapi tak adalah kesiangan teruk sangat... Jika selalunya bangun tidur pada pukul 4.30 pagi, tetapi hari ini terlajak sehingga ke pukul 6.00 pagi ok? La la la la... Bukan sengaja pun nak terlajak majak ni... Mungkin disebabkan semalam "I is" banyak sangat tugasan di pejabat, jalan pusing keliling "plant"... ahaksss... "plant" lah sangat...dan selepas itu malam memantau keadaan Ash yang tidurnya terkejut-terkejut... Cerita tidur terkejut-kejut ini boleh rujuk di dalam entri Anak Tidur Terkejut-Terkejut semalam. Mana nak lena tidurnya... sekejap-sekejap bangun, sekejap-sekejap tengok Ash... Alhamdulillah, semalam tidurnya tidaklah terkejut-kejut cuma gelisah sahaja sedikit... Semoga keadaan Ash bertambah baik dari hari ke hari hendaknya... 

Bila dah kesiangan ni, pepaham ajer lah... mana sempat nak belek "shawl" lebih-lebih, belek muka lebih-lebih sangat... Mandi, solat Subuh, pakai baju, pakai tudung mana yang asal nampak "proper", capai beg tangan, kunci kereta, zassss terus bergegas pergi... Walaupun cuti sekolah, jalan di Petaling Jaya ni tak boleh nak kata, kadang-kadang perjalanan 15 minit boleh jadi perjalanan 45 minit ok? Lebih-lebih lagi semenjak 2 menjak pihak MBPJ buat perubahan laluan sehala di daerah Petaling Jaya... Phewww... 


Orang perempuan bila dah kesiangan beginilah rupa gayanya...ha ha ha... ke Farah jer macam ni? Segala bagai barang solek melambak di atas "sink counter" tandas pejabat... Dengan "shawl", dengan pin segala bagailah... Tak kisahlah, bersiap di pejabat pun bersiap di pejabat lah... Muahahaha... Memanglah waktu bekerja Farah fleksi, tetapi kalau lewat masuknya nanti jadi lewatlah pula baliknya...Tak mau tak mau...Ha ha ha...boleh macam tu? Jadi tetap latih dan didik diri untuk sampai tepat pada waktunya... Pokok pangkalnya diri kita kan? "Shawl" tu melambak bukan sebab apa, sebab nak bersolek kenalah buka "shawl"...lagipun tandas wanita, bukannya ada orang lelaki masuk kan? Ekekekeke... 

Lewat ke tak lewat ke, kesiangan ke tak kesiangan ke, haruslah "maintain" ok? Ahakss, kalau tidak tercalar imej "I is" ok? Tercalarlah sangat getisss ok? 

Dalam tempoh tak sampai 15 minit, akhirnya siap juga mengemaskan diri... Nah belanja #selfie sekeping di pagi hari sebelum kita sambung cerita-cerita lain di Bubblynotes.Com... ekekekeke... 


Yang penting "shawl" tetap maintain kemas, dan hakakkk tetap "maintain" ok? Ya ampunnn... Ampunkanlah kegedikans ku ini... Bha ha ha... Ok, selamat pagi, selamat belajar (#ehhh cuti sekolah kan...ekekekeke) dan selamat bertugas semua...Jumpa lagi di cerita-cerita yang bakal dikongsikan nanti... In Shaa Allah... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles