Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

"Typhoon" Melanda Dapur Mummy Di Pagi Hari...

$
0
0

Habis segala periuk belanga Ash keluarkan pagi-pagi tadi. Mummy masak dia pun sibuklah "membantu" di dapur... Yang biasa-biasa, yang mahal, yang "stainless steel" semuanya mampu dikeluarkan dari kabinet. Dah pandai mencari dah, dah pandai keluarkan dah. 

Bila dah pandai macam ni... adoiii semua yang pinggan mangkuk koleksi sedia ada yang kaca-kaca sememangnya kena dialihkan ke tempat yang lebih tinggi. Bila anak sudah pandai menyelerakkan dapur kena pastikan keselamatan anak-anak supaya tidak berlaku sebarang kecederaan... betul tak? Dush dush dush... pengsannnn Mummy... Mampu pula tu angkat periuk "stainless steel" yang berat sampai ke ruang tamu sambil jalan pun tak berapa nak stabil lagi... Ashhhhhh... Bukan apa, risau periuk yang berat pada dia tu terhempas ke kaki ke apa ke... Phewww... 

Mummy buat apa? Pagi-pagi dah masak? Masak untuk makanan Ash dan makanan tengah hari ler di hujung minggu. Sebelum nak ke mana-mana, masak dulu... he he he... jimat sikit (ye lah sangattt...)... Iyalah, musim GST kan bakal tiba, kenalah belajar berjimat cermat lebih sedikit untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ni. Kalau tidak gaji 6 ribu pun belum tentu mampu lagi nak tampung kehidupan yer tak? Dengan komitmen sedia ada, dengan kos sara hidup. Makanya, pandai-pandailah nak hidup kaedahnya. Masak "simple" sahaja... lemak cili api rebung dan daging goreng. Cukup 2 jenis lauk untuk Mummy, Nek Ma dan Atuk Ash. Ash lauknya pula adalah ikan tenggiri masam manis. Kegemaran Ash lauk berasaskan sos ni. 

Bila dah pandai memunggah, haruslah pastikan keselamatan dia di dapur... Antara perkara-perkara yang perlu dititikberatkan di dalam keselamatan anak di dapur: 
  • Barangan kaca perlu diletakkan di tempat yang lebih tinggi supaya tidak dapat dicapai oleh jari jemari comel itu. Sebab tak boleh beri untuk dia buat main... bahaya, kalau pecah berderai tak apa, boleh diganti, kalau anak luka? Huishhh tak sanggup Mummy tau tak? 
  • Pisau dan segala benda atau objek yang tajam-tajam MESTI diletakkan di tempat yang selamat yang langsung tidak boleh dicapai oleh anak. 
  • Apa sahaja yang boleh menimbulkan serta menjadi risiko kecederaan harus dielakkan dan tidak diberikan kepada anak. Kalau boleh "near miss" pun tak nak. Periuk panas letak di tempat tinggi. Memang taklah Mummy nak bagi Ash main berdekatan periuk panas. Sumber elektrik. Semua ni kena ambil kira. 
  • Kalau anak sibuk nak menolong? Macam Ash ni masih kecil lagi, jadi tiada sebarang tugasan khas untuk Ash di dapur. Muahahaha... Beri yang bersesuaian dan setimpal mengikut umur. 
  • Kabinet tu memang nampak gayanya kena cari kunci atau "stopper" dengan secepat mungkin supaya dia tak boleh buka. 

Untuk baca lebih terperinci tentang langkah keselamatan anak di dapur bolehlah membaca entri Farah dulu tentang 5 Langkah Keselamatan Anak-Anak Di Dapur yer? ^_*

Ada orang akan berkata, nak jadi kerja mudah, elakkan anak masuk ke dapur bersama kita. Habis tu? Takkanlah Farah nak biarkan Ash tu terkitai-kitai seorang diri di ruang tamu yer tak? Lagilah tak tau apa tugas dia kalau duduk sorang-sorang di ruang tamu... Shushhh... Eloklah ada depan mata Mummy... sambil-sambil buat kerja dapur, sambil-sambil kerling dia buat apa kan? He he he... 

Kenduri periuk belanga namanya ni... kenduri pun kenduri lah Ash... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles