Farah sememangnya antara salah seorang pengguna Waze yang kerap... kadang-kadang Google Map, kebanyakkan pada waktunya Waze lah... Ha ha ha... Zaman sekarang ni atas jalanraya istilah kalau malu bertanya sesat jalan tu masih relevan tetapi kurang relevan sikit jerlah... Ekekekeke...Sebabnya GPS kan ado? Masing-masing pakai telefon pintar dah sekarang...Makanya, agak-agak kalau nak kesesatan jalan atau tidak tahu jalan tu, bawa-bawalah buka Waze ataupun Google Maps... In Shaa Allah, pasti bertemu jalan dan destinasi. Cumanya!!! Kena berhati-hati...ahakss...kadang-kadang Waze ni rajin juga bawa orang jalan belit-belit, merapu mereban meraban entah ke mana-mana...Lain yang nak dituju, lain pula yang sampai... Muahahahaha... Setakat ini pernah sekali terkena pengalaman menggunakan Waze... Pheww...Tapi nasib baik Waze tu bawa balik ke jalan yang sebenarnya... Ahaksss... sebenarnya diri sendiri yang tersilap masuk simpang...
Farah kerap menggunakan Waze sebenarnya bukan kerana tidak tahu jalan... Tetapi kerana nak cepat!!! Ekekekeke... Sebabnya kann? Waze ni banyak membantu bila mana kita "set" kan "mode" dia untuk tunjukkan jalan yang paling dekat, paling pantas dan pintas. Biasalah, Mummy macam Farah ni sentiasa padat jadual dan sentiasa mengejar masa... Kekononnya kaedahnya "travel smarter" gitchewsss...Boleh? Ahakss...
Dari Waze ni lah banyak jalan pintas Farah tahu dan banyak jalan pintas Farah belajar... Ha ha ha...Dan dari Waze lah Farah telah nampak perubahannya yang mana kurang masa atau waktu yang dihabiskan atas jalan. Kalau ikut jalan biasa tanpa jalan pintas...Alamatnya... setiap hari tak sampailah rumah pukul 7 lebih atau 8... Sampai lewat lagi dari itu..
Bukan kerana tidak tahu... tetapi kerana nak cepat!!! He he he...