Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Drama: Isteri Separuh Masa

$
0
0
Sumber dari Google
Ini pengganti kepada Suamiku Encik Sotongyang bakal tiba ke episod akhir minggu hadapan... Drama adaptasi novel juga dari novelis Suri Ryana yang bertajuk Isteri Separuh Masa. Kalau yang ini, Farah memang dah baca dah novelnya... Biasalah sekarang ni memang "trending" semuanya drama dari adaptasi novel kan? 

Sedar dan tahu pun tentang drama gantian kepada cerita sotong ni, semalamlah sewaktu menonton cerita sotong tu ada dipaparkan iklan tentang drama ni. Ha ha ha, gigih ikut cerita sotong kan? Comel pula tengok Emma Maembong dalam iklan drama Isteri Separuh Masa ni. Antara barisan pelakon bagi drama ini adalah Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Ziha, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natalia, Natasha Elyzza, Ziha, Nadya Syahera, Syafiq Kyle. Pengarahnya pula adalah Michael Ang. 

Berdasarkan sumber di SINI

WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Nazrin Shah 
Emma Maembong sebagai Medina Izwani 
Syafiq Kyle sebagai Zafril
Ziha sebagai Husna

Dahulunya pada tahun 2012, sewaktu Farah membaca novel ini, Farah ada kongsikan sinopsis dari novel ini di dalam entri Isteri Separuh Masa. Tetapi memandangkan tak lama lagi selepas drama Suamiku Encik Sotong berakhir, drama ini bakal menggantikannya... tiba-tiba, pagi ni rajin pulak nak menaip balik sinopsis di kulit belakang novel tu..Ahaksss... Jom, kita baca sama-sama bagi sesiapa yang tak pernah tahu, tak pernah ambil tahu tetapi peminat drama-drama Malaysia...Hew hew hew... Tak minat pun tak per, tapi kot-kotlah kalau-kalau ada rasa-rasa nak tengok nanti ker, tertengok ke... hik hik hik... 

SINOPSIS NOVEL ISTERI SEPARUH MASA
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara. 

Dapatkan anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambatkan rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka. 

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? Tu kena tengoklah kan? 

Macam-macam tajuk cerita dari novel sekarang ni yang orang sebut...ha ha ha...Suamiku Encik Sotong lah... Saya Sebenarnya Isteri Dia lah... Suami Sebelah Rumah lah... (ini tak pasti novel ke tidak)...Playboy Itu Suami Aku lah... Ada lagi satu ...Dia Isteri Paling...apa ntah ada terbaca semalam...dan ini pula ...Isteri Separuh Masa... Memang lah tajuknya isteri suami suami isteri...hik hik hik...lepas ni tak tau apa lagi yer tak? Ada lagi rasanya novel-novel tu... Tapi tak dapat pula nak ingat semua "uolss"..... Bukan masalah tajuk pun sebenarnya... tetapi jalan cerita yang menarik yang buatkan orang rasa nak tonton dan geram jer tunggu sampai nak habis...Muahahahaha.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928