Motifff??? Letak gambar sendiri??? Ha ha ha, motif sangattt tau... Motifnya adalah kerana entri ini mengisahkan tentang blogger dan Farah juga adalah seorang blogger. Takkan nak letak gambar suami ataupun orang lain pula kan? Tapi boleh ajer kalau nak letak gambar bersama-sama... Ahaksss...
Sudah lebih dari angka 3600 dan hampir ke 4000 dah entri-entri di Bubblynotes.Com semenjak Bubblynotes.Com memulakan karya-karyanya di alam maya ini. Dari "follower" sebelah tapak tangan kini sudahpun bertambah jumlahnya... dari rasa blog ini sebagai jurnal seorang diri, kini sudahpun mempunyai ramai rakan-rakan serta mereka-mereka yang sudi baca lalutan Farah di Bubblynotes.Com. Tapi tak adalah berpuluh ribu riban "follower" Bubblynotes.Com pun... muahahahaha... biasa-biasa sahaja... bagi Farah, Farah berterima kasih serta bersyukur seadanya. Asalkan ada yang sudi membaca dan menyinggah tu pun dah cukup besar dah bagi Farah ertinya. Terima kasih semua.
Bermula dengan suka hati "I is" bila nak paparkan entri ataupun tidak... Ada hari yang ada entri, ada hari yang senyap sepi. Kemudiannya beralih kepada 2 entri sehari, 3 entri sehari, 4 entri sehari, 5 entri sehari... kembali kepada 4 entri semula. Cuma kebelakangan ini sejak bermula kerja di tempat baru disebabkan kesibukkan tahap ekstrem, entri di Bubblynotes.Com seakan tidak berapa konsisten dan tidak mencapai tahap bilangan entri yang Farah sudahpun tetapkan untuk Bubblynotes.Com... Kalau "year end performance review" di pejabat ni dah banyak komen "boss" dah ni... mesti bonus dari elok-elok dapat 4 bulan jadi 2 bulan. Huwaaa... tetapi walaubagaimanapun Farah tetap berusaha dengan sebaiknya untuk tidak menghilangkan konsistensi itu. In Shaa Allah... mudah-mudahan... Amin...
Persoalannya adalah... sebagai blogger untuk menghasilkan lambakan-lambakan entri setiap hari... di dalam konteks ini bermaksud lebih dari satu entri sehari... Tak bosan ke hadap blog sahaja??? Soalan ini boleh diterima dari yang bukan blogger dan juga kadang-kadang blogger itu sendiri.
Seorang blogger itu manusia biasa juga... ada perasaan bosan yang akan menjengah sekali sekala. Kita bukannya sempurna 100% ataupun 200% pun untuk tidak pernah merasa bosan di dalam hidup terhadap sesuatu perkara. Bagi Farah setakat ini, perasaan bosan hadap blog tu tak pernah wujud di dalam kamus blog Farah. Seorang blogger yang sebenar, tidak akan pernah merasa bosan terhadap blog... tetapi cumanya akan bosan bila tiada idea yang menjengah ataupun bosan dengan kerenah serta perwatakkan manusia itu sendiri di dalam arena blog. Itu ajer... percayalah blogger-blogger yang pernah satu ketika aktif tiba-tiba senyap ataupun tutup blog, sekali sekala akan timbul rasa rindu kepada blog.
Secara logika, kalau menghadap blog selama 24 jam sehari tanpa berbuat apa-apa... tidak makan, tidak tidur, tidak berehat, tidak itu, tidak ini... bosan seyyy hidup... Yang taunya hadap blog dan tak berganjak-ganjak... huishhh itu memang bosan... Dah macam tak ada fungsi pula hidup rasanya kalau macam tu... Blogger pun ada kehidupan yang tersendiri, makan, minum, tidur, beriadah, menghabiskan masa bersama-sama keluarga. Kalau tak ada kehidupan mana wujudnya karya-karya agung blogger di blog? Muahahaha... Tak ada kehidupan yang normal menjadikan blogger itu kekurangan sumber atau bahan dari satu sudut. Anti-sosial pun yer juga.
Farah akan bosan bila mana... ha ha ha tulah nyatakan tadi, idea tidak kunjung tiba. Bila terjadinya situasi begini... ha faham-faham sahajalah kalau secara tiba-tiba senyap beberapa ketika atau jam. Ermmm, tapi tak juga... sekarang ni berhenti bebel selama beberapa jam itu tandanya SIBUK!!! Tak berkesempatan nak mencelah di Bubblynotes.Com bila mana sewaktu malamnya Farah ada kalanya terus merehatkan diri untuk pulihkan tenaga keesokkan harinya. Ada kala, tetapi kebanyakkan pada waktu... Farah adalah burung pungguk yang berjaga malam untuk menyiapkan draf entri untuk keesokkan harinya... Ikut keterlaratan diri sendiri... Kadang-kadang lepas 4 entri, kadang-kadang 3, kadang-kadang 2... kalau yang 2 - 3 tu sahaja yang sempat draf, Farah akan sambung draf sewaktu waktu makan tengah hari di pejabat. Bayangkan dedikasinya pada blog, sampaikan kebanyakkan pada waktu Farah korbankan kenikmatan waktu makan tengah hari, santapan tengah hari... Muahaha, tak apa makan tu balik kerja pun boleh... Makan bersama suami itu lebih berselera... Itu yang tembun tak kurus-kurus tu... Hua hua hua...
Kalau dah bosan hadap blog itu bermakna dah ada tanda-tanda nak bersaralah tu dari dunia blog... Errr ye ker? Ekekeke... main tibai jer keluarkan "statement". Macam kita sekolah, uni, kolej dan bekerja juga, ada masa diri perlu bercuti dari berblog ye tak? Setakat ni cuti Farah yang paling lama dari Bubblynotes.Com adalah sewaktu melahirkan Ash iaitu selama 4 hari. Ngee... Tak pernah cuti lama dan panjang-panjang lagi.
Blog adalah satu komitmen yang Farah dah tetapkan pada diri Farah. Mana mungkin bosan? Hadap blog dalam jurnal hidup Farah bukan 24 jam... tetapi Farah hadap blog di antara celahan-celahan waktu yang "available"... Kalau sesiapa tahu jadual seharian hidup Farah... Farah adalah orang yang sangat sibuk dsn "occupied"... Tambah-tambah lagi sekarang. Banyak perkara yang menuntut perhatian serta fokus Farah. Ibarat suami yang berkahwin dua. Ho ho ho... Semuanya tanggungjawab yang besar serta berat di bahu. Begitulah ibaratnya... maka kenalah mengekalkan keseimbangan di dalam semua perkara. Bukan mudah, tetapi boleh dan ada caranya. "I barely have enough rest for my own"... Sebab itu spa itu terbaik ooo....
Blogger bosan hadap blog tu taklah... sebab ada waktu-waktunya yang blogger akan hadap blog... ada waktu-waktunya untuk diri sendiri serta keluarga. Bukan bermakna hari-hari entri melambak atau lebih dari satu, blogger tu tak ada kerja lain selain dari hadap blog. Salah jangkaan tu... Hew hew hew... Pengurusan masa itu adalah sangat-sangat penting...
Oklah, berhenti membebel di sini... nak bersiap dan keluar untuk kerja blog juga bersama Ash sambil-sambil beriadah... Sambil menyelam minum air kata ko... Pengurusan masa kaedahnya... Hik hik hik....