Masa mengandungkan Ash dulu, Farah pernah menyampaikan suara hati...hamboiii kemain suara hati bagai ko...yang Farah mengidammm sangat nak makan satay ikan... Satay ikan ni memang "legend" dalam hidup Farah... salah satu kegemaran Farah selepas waktu sekolah di sekolah rendah dululah katakan... Ihiksss.... Teringinnnn sangat nak makan satay ikan tu masa mengandung... Semasa bulan September 2013, ketika itu usia kandungan Farah lebih kurang 6 ke 7 bulan, masa tulah keinginan tu menjadi-jadi... Farah pernah kongsikan di dalam entri "Throwback"#3: Rindu Nak Makan Satay Ikan...
Tapi sehingga ke saat tiba masa melahirkan Ash sampailah Ash dah lahir.... dan sampailah Ash dah berusia 1 tahun 2 bulan semalam... Tak dapat makan punnn... Hu hu hu... Keinginan nak makan dan nak merasa tu tak pernah lupus dan luput... Tetap gigih nak merasa jugak... Hu hu hu... Cari sana cari sini, tak jumpa-jumpa... Kesian tak? Kesian kan? Tapi apakan daya redhakan ajerlah... Farah bukanlah jenis yang tak dapat apa yang Farah idamkan masa mengandung selepas tu merajuk segala bagai... Dan bila Farah mengidam tu, tak juga berkomunikasi beritahu... Hik hik hik... cuma sesetengah tu yang rasa tak boleh nak dikawal lah keinginan itu... ^_* Farah akan mintak jugak... Tak kira tak peduli... Nasib tak mintak yang bukan-bukan sangat kan? Ha ha ha...
Akhirnya hari ini sewaktu berjimba-jimba di pasar malam seketika... Pasar malam di Petaling Jaya... tak pernah pergi pun... Itupun sebab diajak tu yang jejak tu... Dah sampai nak mengandung lagi sekali #ehhh taklah... saja melawak... tak ada perancangan untuk hamil lagi pun buat ketika ini... Tak fikir pun... Ahaksss... Barulah terjumpa gerangan si satay ikan... Apa lagi... hati melonjak-lonjak kegembiraanlah... Apa lagi kannn? Mulalah cuit-cuit lengan dan pujuk rayu meminta...
Phewww... nasib dapat... alaaaa bukan mahal pun kan? Mampu beli... 5 cucuk RM 2.00 dan 10 cucuk RM 4.00... Dulu masa sekolah satu cucuk RM 0.50 ajer... Bezanya dulu dan sekarang... Belinya 10 cucuk ajer dan kongsi makan bersama-sama... Perghhh, syukran Allah atas nikmat makanan yang dianugerahkan... Walaupun rasanya tidak serupa dan tidak se"kick" waktu-waktu zaman sekolah rendah dulu...tetapi tetap bersyukur... sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan kerinduan dan keinginan itu... Ngeee....
Puas hati betul bila dapat jumpa dan dapat merasa... Errr, tapikan... ada sesiapa yang tahu? Di mana ada jual satay ikan yang sangat sedap? Ha ha ha... Nak juga cuba...