Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Jom Naik Tangga!!!

$
0
0
Sumber dari Google
Masa mula-mula tu, memang agak terasa jugaklah dari paras lutut ke buku lali di bahagian belakang yang kaki ni semacam dan seperti tertarik-tarik...Ha ha ha... Campur lagi dengan kemengahan? Huhhh...nampak benau tak "fit" sangat dah...Al-maklumlah dah lama tak bersenam secara ekstrem di gimnasium. Bha ha ha... Dan selepas beberapa minggu, dah semakin biasa dah jadinya... 

Hamik ko!!! Dah sedap naik lif jer selama ni, sekarang disebabkan pejabat rendah-rendah ajer...ha ha ha... tingkat tak berapa nak tinggi sangat... "I is" naik tangga ajer "uolss"... Tapi Farah kagumlah dengan rakan sepejabat yang sedang sarat berbadan dua serta menunggu hari tetapi "maintain" jer naik tangga ok? He he he... 

Tak rugi pun naik tangga yer... bagus sebenarnya naik tangga ni... tapi kalau pejabat "uolss" tingkat 20, janganlah buat kerja gila dan lurus sangat pergi naik tangga hari-hari...Kalau tenaga mampu dan tak kejar masa silakanlah...ha ha ha... kalau nak jugak naik tangga, naiklah beberapa tingkat dan selepas itu naiklah lif... Melainkan kalau rasa-rasa memang nak bunuh diri sendiri, naiklah tangga sampai tingkat 40 pun tak per uolss...He he he... Ok gurau... 

Melalui sumber di SINI...

Setiap kali kita berjalan menaiki tangga dan bukannya mengambil lif, kita membakar kalori tambahan dan manfaat kesihatan kardiovaskular kita. Menjadikan ‘panjat-tangga’ sebagai rutin harian kita juga boleh membina kekuatan otot dan daya tahan. Ha ha ha, bukan jadikan rutin dah memang terpaksa panjat pun kalau nak masuk pejabat. Ekekekeke.... 
AKTIVITI 
Berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung akita. Memanjat tangga juga akan meningkatkan tahap kecergasan kita dan sebagai tambahan senaman harian kita.
KALORI
Seseorang yang berat 160lb dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori terbakar! Kita boleh gunakan "online calorie calculator’" untuk kira berapa banyak kalori kita terbakar dengan menaiki tangga setiap hari.
FAEDAH
Jika kita ingin memulakan program kecergasan, mula dengan panjat 1 hingga dua anak tangga setiap hari dalam keadaan santai. Berjalan naik tangga setiap hari boleh membina kekuatan "gluteal muscles", "hamstrings", "quadriceps" dan "calves". 
Hurmm...lepas ni kuatlah segala jenis otot-otot Farah...ha ha ha, rumah tangga (sikit jer pun... bila nak tidur, dengan lepak di atas jer...), pejabat tangga... campur pulak lagi kejar mengejar anak teruna "I is" itu...he he he...Kalau tak hilang tembun jugak tak taulah nak cakap kan??? ^_* 
Jom naik tangga??? ^_*... 
*Harap maklum hari ni jadual berterabur dan tunggang langgang...sebab CEO dari "over the sea" datang melawat.... makanya..."I is" sangat sibukkk... Dan sendiri boleh tau, ayat sendiri tunggang langgang sana sini dalam entri ni...ha ha ha... main sebelah sebelah mata jer menaip waktu makan tengah hari tadi... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928